Tuesday, November 16, 2010

Suara Misteri di malam raya (copy paste ni)

Assalammualaikum KC,Nama saya Sal dan saya tinggal di kawasan Barat Singapura. Di sini saya ingin ceritakan kisah yang berlaku sekitar dua tahun lepas pada malam Raya.Ceritanya begini: Seperti biasa kalau malam Raya masyarakat kita akan sibuk mengemas rumah atau pergi ke Geylang Serai untuk membeli-belah keperluan Hari Raya di saat2 akhir. Dan pada hari itu, saya menunggu suami balik kerja untuk menolong saya kemas rumah yang tinggal sedikit, jadi sedang suami baru sampai di rumah, kita berbincang yang mana nak dibuat dahulu atau nak makan dulu, kerana selalunya pada malam Hari Raya, saya sekeluarga akan tidur siang.


Dipendekkan cerita, sedang saya tengah menggosok baju dan suami saya ada di dalam bilik sambil mengemas, tiba2 saya terdengar suara perempuan sedang menangis di dalam ruang tamu rumah. Mula2 perlahan makin lama makin kuat. Ini terjadi sekitar pukul 3.00 pagi. Suami saya di dalam bilik keluar dan bertanya pada saya, "Mama suara apa tu?" dan saya menjawab, "Mungkin suara dalam televisyen..." kerana pada ketika itu filem MADU 3 sedang ditayangkan di saluran Suria. Tapi sedang saya menggosok baju saya pun terfikir filem itu kan kelakar, takkan ada orang sedang menangis??? Itulah pengalaman yang tak dapat saya lupa sampai sekarang.




p/s: mentang2 esok raya, bg citer hantu la plak huhuhu...citer di copy paste dr blog(kisahmj12.blogspot.com)



0 Lovely Comment:

Blog Widget by LinkWithin