Friday, March 3, 2017

salam pagi jumaat korang 3 march 2017

salam korang...hari ni jumaat dah kan..mari baca surah al-kahfi....cepat je minggu ni...dan semalam kita rasa ngantuk yang teramat..macam tu la selalunya dalam seminggu mesti ada hari yang paling letih ...minggu ni hari khamis..rasa cam jumaat dah...sebab letih tgk pc...letih badan....balik kerja dah lambat..sampai rumah lps maghrib...duk kat rumah kejap pun rehat pun blh tertido depan tv...jadi memang tak leh nak tgk sgt tv tu walaupun rancangan fav main kat tv last2 tertido jugak.,...adoi,...faktor usia dan kepenatan......skrg ni mkn supplement ..skrg ni kita tengah minum chia seed..baru 2 hari....katanya bagus untuk kesihatan so we'll see.....

tak de rasa apa...cuma kita suka gigit2 biji dia tu hehehe...tabiat.....cam biji selasih yang letak dalam sirap tu haha.....


ni kita google ye credit to blog :mariafirdz

Biji selasih dan chia seeds, hampir sama rupanya tapi ada 2 perbezaan ketara. 

1. Cara Penyediaan 
Biji selasih hanya boleh digunakan setelah direndam di dalam air selama beberapa waktu. Sedangkan, bagi  Chia seed pula, ianya boleh digunakan  dengan cara, hanya ditaburkan atau dicampurkan saja ke jus, yogurt, pudding, salad,  rawfood, malahan  ke dalam nasi putih juga, atau dengan cara hanya direndamkan ke air putih biasa selama beberapa saat saja.

2. Perbezaan Warna
Biji selasih itu warnanya adalah hitam saja. Apabila terkena air, akan muncul selaput putih jernih yang menyeliputi menyelimuti biji selasih. Tetapi bagi chia seed pula, ianya mempunyai banyak warna iaitu berwarna hitam, coklat, kelabu dan juga putih. Apabila terkena air,  akan muncul juga selaput putih menyelimuti biji chia.

Pengambilan dan amalan chia seed memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan. Antaranya:

1. Anti keradangan
Salah satu manfaat chia seed yang cukup penting adalah sebagai anti keradangan. Perkataan 'chia' berasal dari kata 'chian', yang bererti berminyak. Chia seed adalah biji berminyak yang dilengkapi dengan asid lemak omega-3. Sebagai salah satu sumber tumbuhan terkaya dari omega-3 dan asid alpha-linolenic, chia seed mengubati berbagai gangguan kesihatan. Chia seed melawan radikal bebas, mengurangkan keradangan dan menurunkan kolesterol.

2. Kaya Mineral
Chia seed kaya dengan kalsium, magnesium, fosforus, dan mangan. Semua mineral ini sangat penting untuk menjalankan fungsi tubuh yang benar dan menentang tekanan darah tinggi. Ia juga memberikan tenaga yang cukup untuk proses metabolisme tubuh. Chia seed adalah rahsia yang lazat untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

3. Kaya Serat
Serat makanan membantu mengurangkan kolesterol, keradangan dan sembelit. Chia seed merupakan sumber serat makanan yang sangat baik. Dua sudu makan chia seed menyediakan lebih daripada satu pertiga pengambilan serat harian yang diperlukan. Pengambilan rutin ini akan menamatkan masalah ketika di tandas.

4. Bersifat Antioksidan
Chia seed kaya akan antioksidan yang membantu melindungi tubuh dari pigmentasi, sel karsinogenik dan melambatkan penuaan. Jadi tak payah dah nak beli krim anti kedut yang mahal-mahal tu...

5. Mengawal Kadar Gula Darah
Manfaat chia seed lain yang tak kalah penting adalah mengawal kadar gula darah. Peningkatan kadar gula darah adalah salah satu dari banyak masalah kesihatan utama pada masa ini. Chia seed adalah salah satu makanan terbaik yang dapat mengawal kadar gula darah. Chia seed membantu mengurangkan rintangan insulin dalam tubuh. Orang yang ada diabetes, bagus amalkan ni..

6. Mengenyangkan
Saraf rasa kenyang mempunyai tempat khusus di otak, yang memberitahu sama ada perut  telah penuh atau tidak. Saraf rasa kenyang mengawal rasa lapar dan kenyang, serta dapat membantu mengawal nafsu makan. Kombinasi serat, protein dan nutrisi lain, semua bertanggung jawab atas kesan mengenyangkan dari chia seed. Mengambil chia seed adalah cara yang sihat untuk diet, sesuai untuk orang yang nak kuruskan badan.

7. Bebas Gluten
Chia seed tidak mengandungi gluten, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuk celiac, yang merosakkan lapisan usus. Chia seed adalah alternatif sihat untuk menukar makanan yang kaya gluten.

8. Sumber Protein yang Sangat Baik
Protein adalah salah satu nutrisi paling penting yang diperlukan setiap orang. Chia seed tidak hanya mengandungi jumlah ALA (asid alfa-linolenik) tertinggi diantara tumbuhan lain, tetapi ia juga merupakan sumber terkaya dari protein tumbuh-tumbuhan. Ini adalah makanan yang harus dimiliki oleh para vegetarian. Chia seed adalah pengganti yang sempurna untuk telur dan daging dalam diet harian.

9. Mudah Untuk Dicerna
Salah satu manfaat chia seed untuk kesihatan yang paling berkesan adalah ia mudah dicerna, tidak seperti biji lain yang juga tinggi asid lemak omega-3, serat, dan mineral. Tidak perlu untuk menggiling biji chia terlebih dahulu untuk mendapatkan nutrisinya.

10. Dislipidemia
Chia seed mengandungi jumlah serat dan asid lemak omega-3 yang tinggi, di mana kedua-duanya membantu menurunkan kolesterol. Chia seed meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan mengurangkan kolesterol buruk (LDL) dalam tubuh. Amalkan selalu chia seed dalam diet untuk menjaga kesihatan jantung.

Cara Makan Biji Chia
Biji Chia boleh dimakan mentah kerana ia memiliki rasa kekacang yang sedap. Boleh direndam dalam jus buah mahupun air kosong. Amat sesuai dicampurkan dengan bubur dan puding. Selain itu, biji Chia juga boleh dijadikan sebagai bahan tambahan dalam membuat roti, kek dan biskut. Jumlah yang dicadangkan adalah lebih kurang 20 gram setiap kali makan.

So...u ols leh try ok ..bye

0 Lovely Comment:

Blog Widget by LinkWithin