Thursday, April 26, 2018

salam pagi khamis 26 april 2018

Pagi ni duk layan lagu jiwang...lagu lama2 sebab nak elakkan mengantuk sebab tengah buat kemaskini data aduii..kalau tak layan lagu lama2 terjelepok kat meja hahaha,...

pastu bila dah dengar lagu jiwang lama2....tetiba plak datang idea nak buat puisi tentang move on..maksudnya bila kita dah mula lupakan orang...kita move on la kan...cam tula...so layan la puisi spontan..tetiba je....

____________________________________________________________________________

puisi : Rasa itu 

tetiba ku rasa musim ku berwarna
rupanya aku dah mula melupakan

tetiba ku rasa tiada sakit lagi bila teringatkan
rupanya aku dah melupakan

tetiba aku rasa setiap nafas kau bukan milikku
rupanya aku dah melupakan

tetiba aku rasa tiada lagi detik rindu
ohh,..rupanya aku dah pun melupakan

tetiba aku rasa susahnya untuk mengingat kenangan
ya..memang aku dah pun melupakan

tetiba aku lupa pada seraut wajah
betul...aku dah betul-betul melupakan

tetiba semua rasa itu telah tiada
aku dah berjaya lupakan rupanya

terima kasih atas rasa ini 
dan rasa ini akhirnya telah aku lupakan

nukilan : atida77


_______________________________________________________________________

just suka-suka ..don't take seriously....tetiba je datang dalam kepala tadi..jadi kena luahkan..takut nanti akhirnya terlupa hehehehe

okla see ya..bye..bye...nak bg lupa rasa ngantuk je..ok bye..sambung kerja balik



0 Lovely Comment:

Blog Widget by LinkWithin