Friday, April 17, 2015

puisi

Salam jumaat korang. Dah lama tak menulis puisi atau sajak...bila idea datang leh la tulis....

puisi ni tak de tajuk lagi..kita letakla tajuk..biar..berlatar belakangkan..lagu potret akim  (Chewahhhh)

Hilang itu biar tidak berjejak
Rindu itu biar rindu tidak bersambut
hati itu biar luka tidak berpenghujung
cinta itu biar perginya bersama nafas tersisa

sedih itu biar hilang di sebalik ufuk
semangat itu biar hadir di sebalik lemah
kasih itu biar hilang tidak bersambut
kisah itu biar hilang disebalik kenangan

kekuatan itu biar hadir semula
mengutip sisa semangat yang masih ada
hati itu biar kuat semula
biar ia menjadi tabah semula

copyright : atida77 ((nama pena kalau tulis cerpen(yang tak pernah masuk majalah pun haha..suka2 saje) huhu dan juga nickname dari zaman sekolah menengah))



0 Lovely Comment:

Blog Widget by LinkWithin