Showing posts with label Tag. Show all posts
Showing posts with label Tag. Show all posts

Tuesday, July 22, 2014

Dapat award dan kena tag


Thanks areleez dah lama wei tak kena tag...tengokla orang kampung hahahah....last tahun 2008 kot hahaha..okla thanks for the award, jom kita jawab tag...huhuhu ni yang bopoluh ni haaaaa

1) Dah kahwin ke belum?
- Mestilah...dah 11 tahun dah...huhu.

2) Berapa umur awak?
-Alahai....nak kena bgtau ek....huhuhu..okla 37 this year..tp belum masuk lagi..ditekankan belum masuk lagi..bulan november ni ok

3) Awak kerja / belajar? Kalau kerja, kerja apa? Kalau belajar, belajar apa?
-saya buat dua2...saya bekerja dan study part time..in IT jugakla

4) Awak suka melawat blog / website apa?
- Tak kisah asalkan menarik

5) Awak suka shopping tak? Kalau suka, suka shop barang apa?
- Semestinya i suka shopping ok..kalau tak suka bukan i...hehehe....baju, tudung, kasut dan accessories english deco

6) Kalau saya nak buat giveaway, boleh tak cadangkan barang apa nak bagi?
- Barang english deco

7) Boleh tak share tips nak buat segmen & giveaway.
- hadiah menarik hahaha

8) Apa pendapat awak tentang perempuan yang suka mengambil kesempatan terhadap orang lelaki selain mahramnya macam lebih kurang pisau cukur?
- Jaga maruah ok...kita pompuan kan..jangan nampak murah...nanti nobody will respect u


9) Apa pendapat awak tentang Blog Areleez?(kena tukar kot nama kepada orang yang tag) konpius di situ
- Comel sebab warna kunin.

10) Ada tak komen / pendapat untuk penambahbaikan penampilan & juga isi dalam Blog Areleez?
- Banyakkan lagi citer best2..hehe

11) Rasa2 kita (Areleez) ni macam mana orangnya? He3...
- Happy go lucky

Terima kasih daun keladi, areleez sebab kasik award & tag. Dah lama tak jawab tag....seronok jugak sesekali

Sapa saya nak tag....ok disebabkan dah nak raya ..korang selamat hokay....tp lepas ni tak jamin hokay


Ok yang ni pun i nak kena jawab ni hehehe..jap ye leez tarik napas japp....

1) Apakah juadah raya kegemaran?

Raya belah timur ni makanan semua berat2...kita suka nasi tradisi kita nasi kebuli, nasi minyak , nasi dagang(amboii ko semua nasik..tengokla tuan dia)

2) Tahun ni balik beraya di mana?
Terengganu semestinya

3) Apakah warna tema baju raya tahun ni?
Nanti kita tunjuk dalam blog...supriseeee(sebut cam eric )

4) Ketupat / lemang?
Ketupat

5) Beraya di kampung sendirik / kampung suami? Ha3... Soklan ni kontroversi sikit. Jawab aci pejam mata je. ;P
Dua 2 sebab rumah dekat2....hohoho

Wednesday, February 2, 2011

Tag dari Faina





Salam,

Kita sebenarnya cuti isnin dan rabu, tp tak balik kg...dah 36 weeks tak berani dah nak balik kg, karang bersalin kang dalam keta masalah la plak huhuhu....nak balik Ktrg amik masa 7-8 jam..huhuhu

so dari tak de wat apa ni...faina dah bg assignment ...jom buat


25 perkara pasal kita

1. Nama kita tak yah la nama penuh, nama kita tak ramai orang pakai...kita tak jumpa lagi..nama penuh kita ada org lain guna ehehe, nama separuh kita ramai...hehe..kengkawan panggil Ma, adik beradik panggil " adik" atau ida..sedara mara panggil adik da, anak sedara panggil ada, kenapa ada sebabnya tak suka anak sedara panggil mak su sebab kita dah ada anak sedara sejak kita dari sekolah rendah lagi..mana leh panggil mak su, turun saham weeeiiii

2. Kita anak bongsu dari 5 org adik beradik, tp meninggal sorang anak yang kedua, yang kedua ni pompuan, kalau arwah ada kita merasa la ada kakak, jadinya tinggal 4 orang, 3 lelaki dan sorang pompuan. Jadi tak tahula apa rasa ada kakak, cuma ada kakak ipar je, yang tu jela buat bermanja.

3. Kita mula2 sekolah kat tadika kemas masa umur 6thn,dan bersekolah rendah biasa dari darjah 1 sampai darjah 6, kita suka masuk kawad je masa zaman sekolah, tak suka masuk sukan, so kita aktif dengan persatuan bulan sabit merah jela.

4. Sama jugak dengan sekolah menengah tak masuk sukan, tak masuk persatuan, cuma sekali masuk persatuan puteri islam, berkawad jugak waktu hari sukan. Kita masuk persatuan dapat jadi AJK kelab komputer dan juga bendahari kelas.

5. So disebabkan dah minat komputer dari zaman sekolah, so kita amik IT masa belajar, mula2 rasa susah IT ni tp bila dah belajar..okla kan...masa belajar pun kita aktif PBSM jugak,masuk kawad jugak, dan jadi AJK persatuan IT masa belajar.

6. Kita sebenarnya pernah jadi guru sandaran selepas habis diploma, dalam 2 bulan ganti cikgu bersalin, macam2 hal perangai murid2 berak dalam kelas, kencing dalam kelas, budak darjah 3 apa yang diaorang tau. Pernah terlibat dengan perkhemahan murid, sampai kawan kita yang jadi cikgu ganti terkena sengat dengan lipan, kita yang hantar dia ke hospital, tula kenangan manis masa mengajar dulu.

7. Kita pernah sambung degree, sempat 2 sem, kita berenti sebab arwah mak tak sihat, br diagnose sakit barah tiroid, so kita tak leh nak belajar, kita amik keputusan berenti jela cari kerja dulu. Now kerja dah ok, kita decide sambung degree semula, kita dah register dah OUM.

8.Kita sangat suka chatting, pernah la jumpa bermacam2 orang dalam chatting ni, masa tu popular IRC, dan sebenarnya kita ngan hubby pernah chatting satu tempat yang sama, cuma masa tu hubby chatting ngan orang lain, kita pun masa tu tak berapa kenal ngan hubby, last2 bila diperkenalkan ngan hubby oleh kawan kita, masa tu br kawan. Sebab kita pernah cakap ngan kawan kita, kita tak nak jodoh kita orang yang chat ngan kita,jadi hubby walaupun chatter tp tak chat ngan kita.so okla kan. hehe

9. So berkenalan ngan hubby tak sampai setahun, bertunang, tak sampai setahun berkahwin, dan alhamdulillah kekal hingga ke saat ini. dikurniakan 3 orang cahayamata plus sorang dalam perut ni. yang boleh keluar anytime hehe. Kita kawin umur 25 thn (memang target kawin umur 25 thn) alhamdulillah tercapai.

10. Anak yang sulung tahun ni 8 thn, Nur Awatif, anak yang 2nd tahun ni 6 thn Abdul Muhaimin dan yang 3rd 5 thn, Nur Azzahra, so tengah tunggu si tecit yang tengah active dalam perut ni sebab baru lepas makan prosperity

11. Tahun ni dah 9 thn dalam gomen, syukur alhamdulillah Allah permudahkan pangkat pun dah naik..Aminnn...

12. Kita sangat suka dengan barang2 make up tapi tak pakai sangat pun, suka beli, suka tgk orang mekap, suka tengok orang cantikla senangnya dan sangat suka membeli online, kosmetik paling kita suka adalah MAC.

13. Cukup suka dengan handbag, kita akan pakai sampai rosak, pastu baru beli lain, kesukaan kita yang ade banyak compartment, skrg dah jumpa beg cam tu..F timber, harga dia boleh tahan la, tp skrg ni kita duk usha carlo rino...sebab berkenan ngan designnya. Mungkin lepas ni kalau ade rezeki leh sambar.

14. Sangat suka menghabiskan duit dengan membeli tudung , tudung kesukaan kita adalah dr brand Ariani, dan juga tudung2 awning yang cantik..skrg kita beli online kat hajra online,dan juga dengan orang yang jual2 kat opis. Sangat cerewet ngan pembelian tudung selalunya tudung yang kita berkenan adalah yang mahal huhuhuh.

15. Pernah mengalami allergik yang teruk bila pakai barang2 yang bukan emas, so kita kena pakai barang emas je, sampai kerongsang pun emas, kalau pakai kerongsang biasa habisla sampai bengkak dan bernanah kat bawah tengkuk sebab pakai yang perak, Luckily, selepas bersalin anak yang pertama semua alahan tu dah hilang that's y kita berani beli gelang2 yang murah utk dipakai. hehe

16. Cakap pasal barang kemas, kita tetap suka pada emas, kalau ada duit kita memang nak beli emas banyak2 satu pelaburan yang sangat berbaloi.

17.Sangat suka mengikut apa yang anak2 nak...suka beli barang utk anak2 terutama kalau outstation barang utk anak2 mesti ade...barang kita mesti last sekali.

18. Suka juga pada perfume, skrg tengah mencari bauan kesukaan kita, paling suka bodyshop

19. Ayah dan mak kita telah meninggal, skrg menumpang kasih pada hubby, anak2 dan adik beradik jela huhuhuhu sedih,

20. My fav color is pink, walaupun baju tak banyak warna pink, tp barang2 of cos pink la...hehe yang latest beli netbook warna pink

21. Suka cuba masakan yang baru, walaupun kita belajar memasak dah lambat, tp alhamdulillah i still can cook for my family. Skrg ni memasak ikut kesukaan anak2 dan hubby.

22. Sangat suka membaca buku dan pergi kedai buku, kalau pergi kedai buku memang ada buku la yang kita akan beli hehe. Buku yang paling suka novel, pernah suka novel ahadiat akashah.

23. Apa lagi ek, huhuhu....banyak dah ni....ooo ye kita ni agak garang dan kadang2 kita suka laser orang depan2 tu jugak,.sebab tak suka nak cakap belakang2 huhuhu

24. Sangat suka cerita realiti , lawak dan animation...

25. Sangat suka lagu2 hindi, melayu, inggeris, korea, japan, hongkong, arab, semua kita layan asalkan sedap di telinga walaupun tak faham maksud hehehe

ok yang tu je , tak nak tag sapa2...sebab rasa banyak nak kena pikir bila buat ni eheheh.....
tp best gak sesekali buat ni ...ehehe
















Friday, July 9, 2010

Award dan tag dari faina


thanks faina dah lama dah kita tak dapat award hehehe


1.Apa nama blog dan knape letak name tu?

Nama blog saya ialah vogue2704, saya suka nama vogue tu saya dah guna masa chatting kat IRC, saya guna banyak nick dan vogue adalah salah satunye kenapa 2704 sebab tarikh saya mula berforum di forum melayu dot com 2 hb 7 2004

2. Jelaskan knape bagaimana anda boleh dapat idea nk letak nama URL blog anda?

sebab saya rasa ia menarik (matikla tak tahu nak bagi jawapan apa hahaha)

3. Bila blog anda mula beroperasi?

Mei 2008 - selepas tengok kengkawan ade blog

4. Siapa follower pertama anda?

alamak dah lama lupa la jangan marah ye follower pertama i huhuhu

5. Ucapan kpd si pemberi award

Tima kasih faina dah lama dah kita tak dapat tag dan award hehehe lately kita asyik terserempak je kan hehe dekat restoran kat acacia hehe

6. Tag 9 org yg anda rsa patut terima award ni. :)

Alamak tak tahula nak tag sapa.....sorila ek tak tag sapa2 kot huhuhu

okla setakat tu je nanti jumpa lagi













Friday, July 10, 2009

Award dari maira lagik ehhehe



1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda
-siap

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang si pemberi award ini
1.Kenal dari forum
2.Berjaya dalam diet...
3.Sudah jadi businesswoman..kita ingat nak tempah tudung hehe
4.Cutela maira ni
5.She's so kind and very generous payah nak cari kawan cam maira ni yela sebab tumpangkan bim kat umah..tak semua org cam maira la..hehe

3. Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award

1.Baik(matila puji diri sendiri huhuhu)
2.comel..hehehe(ni pun heheheh bgla chance..i nak perasan diri i comel heheh)
3.Suka senyum2
4.So simple orangnye
5.Tak suka org tipu2..
6.Dah kawin
7. Dah ada anak 3..
8. Anak2 sedara sepupu sepapat pun ramai
9.Suka baca buku
10.surfing internet


4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka

tak de la kot....ataupun haaaaaaa........yang dah terima award yang islam punye badge tu...sila buat yang ni jugak...hahahahhahaha(gelak jahat) heheh






Tag from era

Rasanya tag ni utk kita...sebab dulu dalam blog list tu nama kita era tulis vogue..tp bila tgk sekali lagi eh MAA la plak..so betulla tag ni utk kita..betul tak era..kalau tak betul..kita buat jela..heheh


Peraturannya:

Perkara2 yang perlu anda lakukan ialah:

1) Copy gambar amal Islam di bawah .



2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama.
Sapa ek nak tag..sampai 10 tu huhuhu

1)G
2)Atty
3)Ummidamia
4)Mamahakim
5)Mamaodah&iloh
6)ummi mujahid
7)ummi umar
8)Arlina
9)Areleez
10)Bha




Thursday, July 9, 2009

Tag from roxana

Lama betul tak dapat tag...dan tag ni pun lambat betul kita nak amik kat blog rox.sori ek rox..hmmm..biasalah bila banyak benda berlaku..jadi cam tu la heheh




1.If you could spend one ringgit, what would you spend on?
- Jambu batu..2 pieces rm1

2.What is your most favourite thing to do?
- Reading hehehe

3.What kind of news do you read?
- entertainment, berita terkini utk ari tu

4.What would you give up in return to eat all you want in the world and not get fat?
-Hmmm kita memang dah berisi..now cuma taknak berat naik..dan kena pastikan berat turun at least 1kg per month...kalau 500gram pun dah ok sebulan hehehe

5.Is there someone in your heart right now?
- hubby and my children

6.Do you believe you can survive without money?
- tak boleh la...nak beli jambu 2 singgit tu nanti tak dapat....camne....

7.What makes you turn twice to someone?
- his or her look, her fashion and her tudung hehehhe

8.What do you feel like doing right now?
- feeling sleepy...semua dah tido...tinggal kita sengsorang

9.If there's someone that you love, would you confess to him/her?
- i malu la...hubby yang confess dulu heheh

10.List out three good points of the person who tagged you?
- cute, very fashionable, suka masak hehehe

11.What are the requirements that you wish from your other half?
-Mcm2 nak...pening dia nak layan heheh

12.What is the thing that will make you think he/she is bad?
- biasalah manusia ni ade kebaikan dan keburukannye..dah sayang so just accept jela..hehehhe

13.Are you left-handed or rigt-handed?
- right

14.If you had to eat one thing for the rest of your life, what would it be?
- chocolate ice cream...

15.If you had a choice to be rich or happy, which one would you pick?
- entahla....tak leh nak pikir...sebab dua2 nak...am i selfish...wateverr...heheheh

16.If you have a chance, which part of your character you would like to change?
- Mudah kena tipu apatah lagi kalau ade sale...

17.Who is the person that you can share all the problem with?
- hubby, family and friends..(tak semua friends la).

18.Cats or dog?
- cats...hehe

19.What is the one thing you love about youself?
- be myself

20.If you have a million ringgit, what would you do?
-settle kan semua hutang yang ade...dan gunakan duit tu untuk kebajikan la kot(Wah baiknyeeee aku ni hehehe)

Lastly, I'm tagging:

malasss lerr nak tag...no mood






Monday, June 1, 2009

Tag dari posh heheh

Kena tag ngan posh..semua benda 5 pening nak pikir hehehhe

1)"5" nama timangan- hmmmm....sampai 5...meh kita tgk cukup tak 5-
  • Hubby panggil D..D for apa? korang translate la sendirik hahaha
  • Anak2 panggil Ummi..heheh
  • Anak sedara panggil Su Da(sebab kita anak bongsu) ataupun ADA(jangan gelak) kawan2 asyik buat dajal kalau tepon..ada ade dok? hehehe
  • Adik(semua ahli keluarga panggil..sebab kita anak bongsu)
  • Ma (kengkawan panggil..hehe)


2) "5" sifat/tabiat buruk

  • Boros suka shopping
  • Cepat sensitif/marah
  • Suka tido
  • Mudah kesian kan org(ni tabiat buruk ek)
  • Kurang sabar..heheh

3) "5" makanan favourite

  • Tomyam
  • laksa penang
  • nasi goreng kg
  • salad
  • buah2an especially papaya dan jambu hehe.


4)"5" subjek pelajaran paling suka-

  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Prinsip Akaun
  • Pendidikan Islam
  • Bahasa melayu(last sekali la plak)


5)"5" benda wajib dlm purse

  • Kad ATM- Duit ler..kalau tak nak makan apa-
  • Kad kredit in case terdesak(terdesak ke???) haha
  • kad Nikah kawin(kalau tak de kang kena cekup susah)
  • My IC and IC azzahra...(ni pun kena ade..kalau tak dikatakan pendatang..ampunnnn pakkk polisi)
  • Medical card


6) "5" topik yang biasa di bual bersama pasangan/teman.....

  • Topik berkaitan kerja
  • Berita terkini hari tu..tak kira la politik ke.. hiburan ke semua leh masuk
  • Diet Progress and workout
  • anak2 punye citer
  • Perancangan apa nak buat ngan umah kitaorang br beli...

7) "5" MANGSA TAG.hahahhaha(gelak jahat sket)

  • Noni(ehehee..tau dah tak update blog..tp buat lerr)
  • Ummi Mujahid
  • Bimbo
  • G
  • Faina(kalau ade peluang buat ler tak paksa..hehe..sebab tau dah skrg ni mesti dah sarat hehe)




Tuesday, May 26, 2009

Award dari era



1-copy babge"2009 CUTE'S BLOGGER AWARD"untuk letakkan
diblog anda - ok dah copy paste pun

2-Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini
kepada anda?

* terima dari era..
- Mula2 beli brg ngan dia ...lama2 dah jadi kawan hehehe

3-Setiap blogger mesti menyatakan beberapa fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag).

- suka main internet
-reading books
-suka explore new thing
-suka english style
-skrg ni suka exercise hehhe

4-Anda perlu memilih 6 award seterusnya dan menyatakan padamereka diblog anda....

'The blogger Award Friendship goes to':

-Rox
-RL
-Ummi Mujahid
-Faina
-Bimbo(walaupun dah lama tak update blog hehe)
-CPM honey Nurhaliza.(terima ye)




Monday, May 25, 2009

Tag dr Atty untuk follower hehe

Kita dapat tag secara indirectly..atty bg pada follower dia..kita follower dia..jadi terkena la hehehhe...suka tau tag ni..jomm kita buaaaattttt





For the instructions, add your name on the list and simply spell out your name using the given Japanese letter- translations below. Tag six of your friends and inform them of the tag. Have fun.
TRANSLATION:
A - ka----F - lu---- K - me---- P - no---- U - do---- Z - zi
B - tu----G - ji----- L - ta----- Q - ke ----V - ru
C - mi----H - ri ----M - rin ----R - shi ---W - mei
D - te----I - ki -----N - to----- S - ari---- X - na
E - ku--- J - zu ----O - mo ----T - chi---- Y - fu

Nama kita



ni nama samaran je...



MA



M=Rin

A= Ka



Rin ka des??? hehehehhe

ingatkan dapat nama chiaki ke hehhe...rin hane koma ke...boleh la dah dekat2 pon heheh

tag..

1)Posh

2)era

3)geyin












Sunday, May 24, 2009

Tag lagi hehe

tag dari era..tima kasih era bg tag ni ehhehe


1.bila kali terakhir anda cuci toilet?
- bulan lepas kot...selalunya hubby yang basuh...kita tak sempat nak mengisahkan toilet...banyak benda yang nak dikisahkan..hehe

2.pencuci apa yg anda guna?
-pencuci lantai serai wangi hehe...

3.dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? kenapa?
- tak dela 1 minggu banyak kali..mop bila betul2 kotor jek..sebab ade anak2 ..kejap je mop dah kotor balik

4.apa tugasan anda sebelum menjelang malam?
- kat opis ler..

5.apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple?
- roti sandwich

6.minuman yg anda buat setiap pagi?
-air teh o.


7.sebelum tido apa yg anda lakukan?
-tidokan si adik tu
-lepas dia tido, main internet jap atau baca buku sampaila tertido..


sapa kita nak tag ek

tak de sapa2 la..hehe...kita mood baik ni....







Tuesday, April 28, 2009

award dari G hehe



cute award ni..thanks G...bg kat ma award heheh....

so kita panjangkan award ni kepada cewah(mcm berucap kat grammy award la plak hehe)

1) Bha
2)RL
3)Rox
4)Ummisha
5)Bim
6)Geyin

hehe..amik ye..

kita br lepas workout walaupun peot tak leh la tak workout sebab dah hari2 workout..tp tak dela bersungguh nak suruh berpeluh je heheh....

okla setakat ni dulu...nanti kita sambung lagi...

psssssssstttttt ramai meroyan tengok gambar kevin zahri ek..heheh

kalau ade sesapa yang tak tahu kevin ni fitness instructor...ni kat sini dia nye website

www.kevinzahri.com

ok..byeeee



Sunday, April 26, 2009

Tag from era lagi...hehehe...meh tgk apa jawapan

1.what is your mobile phone brand?
Sony Ericsson

2. When did you buy it?
2 yrs ago..dah lama dah..ingat nak tukar henpon..pulus ngak ade heheh

3. What color your mobile phone is?
Hitam

4. How many messages are in your inbox?
ntah la tak kira

5. Who gave you SMS recently ?
Bimbo- share her best picture..kita sukaaa heheh

6. What picture became your wallpaper?
my son hehe

7. Please stated :
Missed called : My hubby
Received called : ctsue -semalam psl bgtau kat ner celebrity fitness
Dialled Numbers : Hubby

8. Why you like your mobile phone?
Hmmm...sebab dia boleh tukar2 themes

9. How long did you use your mobile phone?
tak pernah lama sekejap je

People i want to tag

tak nak tag sesapa heheh .mood kita baik hahaha


Monday, April 20, 2009

Tag from era hehe...jommm kita buat lagi

Okay, here's the rule : Use Google Image to search the answers to the questions below. then you must choose a picture in the first page of results, and post it as your answer. after that tag 7 people.





1.PLACE I DO LIKE TO TRAVEL


-Australia ler hehe..impian dah lama dah ni



2. YOUR NEXT BIRTHDAY









- 12 November


3. FAVOURITE PLACE




-beach hehe




4. FAVOURITE FOOD





-laksa penang

5. A FAVOURITE THING


-english decoration

6. MY NICKNAME


-of course vogue


7. A FAVOURITE COLOR


-pink ler..



8.MY LOVE



-my family



9. A HOBBY



-internet ...surfing hehe




10.BAD HABIT


-suka tido heheh





11.WISH LIST



-stay fit and healthy hehe

mls nak tag ler..heheh..penat la malam ni...sebab migrain attack...mujur lepas tu sekejap je dah ok..boleh workout jap..dan settle apa yang patut ..hmmm..good nite...







Saturday, April 18, 2009

kena tag ngan Atty hehe....so mari kita buat hehe

1) perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang jngan tipu2 ek x suke

2) bgtau nape anda suke wallpaper anda ituhh...




kenapa aku suka...ni gambar awa ..cantik plak bila digodek2 cam ni ha....yang ni kita buat kat photofunia..ye ke .ek..lupa dah..nama website dia hehehe...

so kita nak tag

1) G,
2) Tini
3) Msgreen
4) Bha

dah tak de dah...sila buat ye..kalau dah buat abaikan ler..kalau tak nak buat pun kita tak paksa..just suka2 hehe..

tp kita kalau org tag suka buat...sebabbbb.....ini menunjukkan ade org yang ingat kat kita hehe..bukan senang beb buat kawan..buat musuh sekejap je..hehhe


Tuesday, April 7, 2009

Jawab tag dari Noni hehe...Ummi Umar hehe

The rules:
It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours and tag twenty people.

Use the first letter of your name to answer each of the following questions.
They have to be real nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question. Have fun! Don't forget to post it!

1. What is your name: Ma (sorry tak leh reveal nama...my policy..heheheh)
2.Four letter word: Muat
3. A boy's name: Muhammad
4. A girl's name: Mariam
5. An occupation: Memandu bas(okla tu hehe)
6. A color: Merah Jambu...my favorite color hehe
7. Something you'll wear: Maxi dress heheh
8. A food: Macaroni...i love it..anak2 pun suka macaroni cheese, muffin pun ye
9. Something found in the bathroom: Mirror mirror on the wall..who's the most beautiful woman in the world..pastu nampakla mukaaaa...jeng jeng jeng..of course la muka kita muka sapa lagi..cettt perasann..habis tu kita yang tgk cermin hehe
10. A place: Makkah
11. A reason for being late: Masalah Jammmmm kat Jalan raya
12. Something you'd shout: Makkkk ooo makkk...(masa kecik2 panggil arwah..balik umah je panggil mak...tak panggil ayah langsung...sampaikan ayah asyik kata..balik je mesti cari mak..hehehe)
13. A movie title: Mission Impossible......
14. Something you drink: Milo..dah lama dah tinggal Milo
15. A musical group: Medicine..kumpulan rock satu ketika dulu.
16. An animal: ikan Merah..sedap ni buat Sup
17. A street: Jalan Melaka..
18. A type of car: Mercedes Benz
The title of a song: Mere mehboob mere sanam..lagu industan lagi ko..

kita nak taggggg

1) Bim
2)Bha
3)Era

Buat ye kengkawan sekelian hehehe







Monday, March 30, 2009

Kena tag dari G dan dina..

Kita kena tag dari G dan Dina..tag yang sama kita buat sekali la ye ehehe


1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!

Memang kadang2 rasa tak larat nak layan kerenah mereka...kalau gi shopping complex la selalunye out of control..sebab sorang nak ni..sorang nak tu..kadang2 hilang sabar gak...kalau kat umah plak asyik bergaduh je..tak larat den nak layan...tp tula kita bersyukur sangat...kita dapat anugerah Allah yang amat berharga..i try to be a good ummi, walaupun kadang2 kita rasa kita fail..but i will try to make my children be a good person in the future, menjadi orang yang soleh dan solehah..dan kita akan cuba memberikan pendidikan yang cukup utk mereka bertiga..walaupun camne naughty pun diaorang..they still my children..and i love them so much..
...
2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.
Nur Awatif

1. Tak banyak kerenah masa kecik, baik je...bagi biskut tiger...bagi susu..ok la tak de masalah..mkn pun ok..tp dia ade alahan ..kena jaga pemakanan dia sket la masa kecik
2. Boleh berjalan dalam umur 1 thn
3. Suka warna pink ..semua baju nak warna pink kalau boleh...
4. Suka tgk citer barbie hehe...
5.Keletah bercakap tetapi kuat sensitif,tgk drama pun blh nangis hehe...
6. Peramah dengan semua org
7. Kalau pi restoran ke mana2 ke..selalu la kena kaco ngan waiter dan waitress since dia kecik, bukan waiter atau waitress saje..masa dia kecik, ade sorang makcik siap mintak nak dukung dia..
lama gak la makcik tu dukung dia..bimbang kita ngan hubby nasib baik dia tak bawak lari...kalau ingat2 perkara tu..takutnye..kenapala bagi dia dukung at the 1st place...ade sorang lagi makcik..ni owner restoran plak..siap nangis2 dukung Awa..dia kata teringatkan cucu dia..aduhaii..

Abdul Muhaimin
1. Berjalan masa umur 9 bln
2. Tak banyak kerenah masa kecik, tp kuat minum susu dan makan nestum start umur 3 bln..dia dah lapar hehe...
3. Pandai bercakap..dalam umur setahun
4. Menjadi usikan org2 kat kg dan kalau bawak gi kedai..memang org suka kacau jugak
5.Menjadi kesayangan semua kat kg dan cucu yang paling disayangi oleh atuk nye...hehe
6. Tak suka pakai baju berkolar..dan suka pakai smart sentiasa walaupun nak tido..
7. kalu keluar berjalan..asyik nak beli selipar je..hehe

Nur Azzahra
1. Berjalan dalam umur setahun
2. Tak banyak kerenah masa kecik
3. petah bercakap dalam umur 2 thn
4. Kecik je..org tak sangka dia nak masuk umur 3 thn ..thn ni...
5. Ada bulu mata yang lentik
6. Tak suka org kaco2 dia..tak suka org yang dia tak kenal..nak dukung dia..dia rela menangis..memang pening kalau balik kg...
7. Suka makan makanan ala2 western, bihun sup..nasi dia kurang..nampak gaya adik pun suka warna pink heheh
3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.

okla yang tu je..kita tak nak tag sesapa..hehe..kita still lagi "baik"

Wednesday, March 25, 2009

Tag from Bim hehe..

Ni Tag dari Bim..hehe..kita suka buat tag ni..wishlist birthday hehe


Make a list of what you want on your birthday
The list should be 10 numbersu want on your birthday
Post the image of this award to your posting
Give it to 10 frens of yours

My Birthday Wishlist
1. Kalau ade surprise birthday party best gak kan..hehe

2.of course celebrate it with my family..hubby, my children

3. i wish my hubby will give me "something" on my birthday such as bouquet of white rose maybe hehehhe....(angan2 aje ler..rasa nak nyanyi je lagu angan2 raja ema hehe)

4.for my next birthday..i wish i can achieve my weight target to lose 10kg..actually i need to lose more kilos than that..hehe

5.i need new handphone ...Anyone???kena ade 3g tau..heheh..blackberry ok gak..bukan blueberry ye heheh

6.Semoga diberikan Allah a good health..rohani dan jasmani..hehe

7.I wish masa tu i already promoted hehe (kalau ade rezeki)

8.I love white furniture so much..kalau dapat tv rack pun jadiler hehe

9. wish from my friends..very meaningful

10.i wish i can accept the reality that i am already 32 this year..hehehe...but i don't care la..age is only a number..cewahhh

Kita tak de nak tag sesapa..kita tengah "baik" skrg ni hehe

tp jgn lupa my birthday on 12 Nov tauuu....



Monday, March 23, 2009

Tag dari Reen

Kita kena tag ngan reen..best gak nak jawab ni heheh
Tagnya ialah Sebelum kahwin dan Selepas kahwin, Sebelum Pregnant dan Selepas Bersalin..

Sebelum Kahwin

1. Sebelum kahwin kitaorang menjalankan perhubungan Jarak jauh..kita di Kelantan, hubby di KL..., selepas bertunang baru kita dapat kerja gomen di KL..barula start dating betul2..


2. Kitaorang 1st dating kat Pizza Hut Kuala Terengganu


3. Kita walaupun suka berchatting dalam internet, tp kita tak nak jodoh dari internet, alhamdulillah jumpa hubby melalui kawan, sbnrnya kita2 orang berchatting di tempat yang sama..tp kita tak pernah ade peluang bercakap ngan hubby..jadinye kenal tak melalui chatting ler..ehhe

4. kalau dating kat kl.senang.sebab hubby kerja dekat2 ngan Puduraya dekat ngan LRT masjid jamek..jadinye LRT masjid jamek.jadik.tpt pertemuan..hubby akan tunggu disitu,.kita pun dulu balik kerja naik bas, pastu naik LRT bangsar ke masjid jamek..lepas tu pergila makan dulu ke..jalan2 ke Jalan Tar..baru balik rumah masing2...

5. Kita bertunang bulan mei tahun 2002 dan berkahwin tak sampai setahun selepas itu..14.3.2003..sebab kat KL selalu jumpa so baik kahwin kan heheh

6. yang ni betul selalu gi tgk wayang ngan hubby..sblm kawin pun hehe

7. Kalau balik kg pun balik sekali naik bas..maklumla balik ke negeri sama..

8. sblm kahwin tiap2 malam call, pg2 akan ade sms...pastu kat opis ber YM lagik..hmmm camtu la kan..bercinta hehehe

9. Masa bercinta panggil nama je...tak de panggilan..dekat2 nak kawin baru tukar nama gelaran..heheh...

Selepas Kahwin

1. Lepas kahwin panggil nama gelaran masing2...tp bila dah ade anak..ummi dan abah ler...

2. Kitaorang lepas kawin tak de honeymoon gak..honeymoon kat umah sewa je..hehe

3. Lepas kawin...2 bulan lepas tu dah tahu diri sendiri peknen..terkejut beruk den..tp alhamdulillah ...

4. Lepas kawin rasa happy sangat..sebab dah ade pelindung..buat apa2 pun dah tak takut org cakap apa...hehe..yela tak elok gak anak dara asyik keluar ngan lelaki belum ade ikatan yang sah kan..

5. lepas kawin selalu dapat tgk wayang kat KLCC..balik kerja tgk wayang bestnyeeee...pastu window shopping kat KLCC

6. Lepas kawin..best sebab ade org manjakan hehe...

7. Lepas kawin..masakan pertama masak utk hubby adalah mee goreng...tp alhamdulillah jadi..dan mujurla dapat hubby yang tak banyak songeh..heheh

8. Hubby tak de la romantik..tp dia boleh jadi romantic just like that hehehe...

Sebelum Peknen
1.Sebelum peknen kan Nur Awatif ..rasa pening2 je, pastu period tak datang..kita tak de morning sickness yang serius sebelum tahu peknen kan dia...yang kita tahu kita nak makan..semua benda boleh makan..cuma selalu terkenang nasi lemak malam2..hehe

2. Sebelum peknen kan Abdul Muhaimin tak de rasa apa2 cuma period tak datang, tak sedap badan je..pastu bila peknen, tak leh makan daging,sampaikan boikot satu kedai..sebab kedai tu kita bau cam daging.. kita cuma mkn ikan aje...sampai la 8 bln kot..br leh makan kfc..


3. sebelum peknenkan Nur Azzahra, tak de rasa apa2 jugak, cuma period tak datang...
sebenarnya kita tak de morning sickness yang teruk peknenkan ketiga2 nye..so Alhamdulillah kita ok..peknenkan si kecik ni mcm2 kita nak makan..malam2 nak makan mee goreng la, nak makan roti canai la..nasi lemak la..mujur semuanya senang cari, nak makan nasi tengah malam pun ade...

Selepas Bersalin
1. Lepas bersalin Nur Awatif pantang kat umah mak kita


2. Lepas bersalin Abdul Muhaimin pantang kat umah mak jugak

3. Lepas bersalin Nur Azzahra..30 hr pantang kat umah sendiri, yang lain2 pantang kat umah arwah mak..terkilan sebab arwah mak tak sempat tgk cucnye..

4. Br tahu susah senang menjadi seorang ibu..dan bersikap adil kepada anak2..biasalah kadang2 kakak manja lebih2..kadang2 adik..cam tu la...

5.Alhamdulillah dah dapat semua pompuan ade lelaki ade...

6.Kita ingat nak dapat sorang lagi..tp serik la pulak nak bersalin..camno tuh heheh

7.badan start mengembang cam belon...hehehhe...dan sekarang tengah cuba untuk shrink kan balik badan yang sudah mengembang itu..hahahaha

Dan sape ye akan jadi mangsa tag seterusnya...

ok tak de la sapa kita nak tag..so korang selamat la ye...hehehe




Blog Widget by LinkWithin