Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Friday, July 13, 2012

Petua hilangkan gastrik

Sumber diambil dari sini


Sakit ialah satu 'pesanan' daripada Allah untuk manusia agar lebih mengigatinya, mengigati tujuan hidup yang sebenar. Kadang-kadang kita alpa dengan arus dunia yang menghayutkan diri, fikiran dan segalanya. Penyakit gastrik pula ialah sakit di bahagian perut yang mengundang ketidakselesaan yang maksima. Ini ada sekelumit petua untuk dikongsi bersama apabila anda mengalami masalah gastrik. Cubalah untuk istiqomah dan menjaga diri sendiri (kalau takde isteri lagi atau berjauhan dengan famili).

Bila perut anda 'jatuh hati' pada gastrik, anda akan rasa:
  1. Sakit perut
  2. Sakit ulu hati
  3. Sesak nafas
  4. Sakit kepala
  5. Cirit Birit
  6. Pening
  7. Migrain (kes teruk)

Punca gastrik datang kembali:

1. Lambat makan dan tak ikut jadual makan secara bagus.
2. Stress/ pressure
3. Makan tanpa pantang! Antara makanan yang tak boleh diambik jika anda rasa sakit gastrik ialah:
  • Susu pekat biasa, susu tepung takpe, insyaAllah(rujuk list susu dibawah)
  • Makanan berminyak, berempah, bersantan, bersoda
  • AAis berlebihan
  • Jeruk, masam2 manis
  • Air berkabont etc
  • Kopi / Nescafe / Teh / Roti /Makan masam / Makan pedas ,tak boleh dimakan .
Jadi, selain diri ni, orang lain yang mengidap gastrik tu, rasa nak hilang terus dari sakit ni, jagalah bende ni semua.

Petua untuk jaga perut lagi:
  • Minum susu tairu atau susu rasanya masam atau cari Yogult, Dutch Lady, Nespray ,Fern leaf. Bukan susu pekat manis.
  • Jikalau siapa yang jenis suka minum kopi,Minumlah kopi Radix ,memang untuk gastrik juga.
  • Untuk pengetahuan anda, Doktor beritahu sesiapa yang makan ubat dari klinic. Atau ubat gastrik, memang dia akan kena cirit -birit. Doktor cakap tak perlu risau.
  • Bagi yang teruk sangat kena makan yang berlembut seperti bubur. Sebab bila makan yang berkeras doktor beritahu asidnya semakin banyak. Makan tidak boleh banyak sangat tetapi kena berulang makan.
  • Makan ubat SEBELUM makan, bukan SELEPAS makan.
Ubat-ubatan:
  • elken- Lactose-s.
  • Ubat Vintac
  • Ubat gaviscon
  • MMT pil
  • Zantac(ranitadine)
  • Ubatan Cina- WEI TONG NING’
  • Gamatemas
  • Bioseed
  • Pati gamat
  • Spirulina
  • lanzoprazole(abbot)
  • Esomeprazole(nexium)
  • Magnisium
  • Malox Plus
  • Simcone
  • Suplemen surbex-zinc
  • Axcel
Petua Tradisional:
  • Ambil seheai pucuk betik yang tua, sedikit ibu kunyit da ibu garam sebesar jari kelengkeng. Tunbukkan ketiga-tiga bahan tadi sehingga lumat dan gaulkan dengan setengah cawan air. Tapis air tersebut dan minum. Amalkan seminggu sekali selama tiga minggu.
  • Makan daun Selasih.
  • Makan Madu dan Kurma setiap pagi setiap hari
p/s: Yang penting yakin pada ALLAH, dan DOA supaya sakit tu akan hilang selamanya. InsyaAllah, boleh!Kun fayakun! Info dari research dan junior yang bagi.^^, SELAMAT BERAMAL dan INGAT MENGIGATI.







Friday, June 29, 2012

kelebihan lecithin


  1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak2 yg lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini.
  2. Kenapa org yang nak kurus suke Lecithin? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak).Tahukah anda? Lecithinmampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn. Tanpa Lecithin yg mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan2 kimia dari persekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2. Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yg bijak.
  4. Lecithin membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati.
  5. Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.
  6. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria. Disamping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.
  7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory).Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.
  8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana iamenggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
  9. Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema.
  10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  13. Lecithin bersama unsur2 lain digunakan utk membuat BILE.. BILE ni fungsinya plak mencairkan lemak dan ..Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan.


p/s: cam bagus gak lecithin ni..dulu ada amik..pastu dah lama tak amik huhuhu

sumber : google





Blog Widget by LinkWithin