Tuesday, April 21, 2015

Hmm....


ye ke ni? korang rasa????

terjumpa artikel ni tadi..hmmmm

A
nda sangkakan wanita itu adalah sama..? Tidak! sebenarnya mereka berbeza. Wanita itu terbahagi kepada dua, iaitu 'Perempuan dan Awek'. Memetik daripada majalah Mastika pada edisi Jun 2014, berikut adalah perbezaan antara perempuan dan awek berdasarkan sikap, perwatakan dan tingkah-lakunya.


Beza Perempuan & Awek

● PEREMPUAN : Memberi Nasihat dan saranan bila anda buat salah.
● AWEK : Marah, merajuk dan meminta bukan-bukan bila anda buat salah.

● PEREMPUAN : Pandai berdikasi, tidak terlalu bergantung pada anda.
● AWEK : Asyik melekat seperti gam. Apa sahaja hendak dilakukannya bergantung pada anda.

● PEREMPUAN : Selalu menjaga perasaan dan positif bila bersama termasuk keluarga anda.
● AWEK : Mood asyik berubah, apatah lagi jika ada ahli keluarga anda yang tidak disukainya. Lagilah dia 'Duck'.

● PEREMPUAN : Lebih suka meluang masa dan berbakti kepada kedua orang tuanya.
● AWEK : " Buat apa duduk bersama orang tua, lebih baik keluar... Yang penting kita Enjoy! "

● PEREMPUAN : Simple. Namun tetap ada kelas tersendiri.
● AWEK : Sentiasa mahu berlebihan, Over sangat... mahu perhatian orang lain.

● PEREMPUAN : Mampu membuat anda senang hingga anda yakin menyayanginya.
● AWEK : Meminta anda untuk membuatnya senang, dan selalu tidak puas hati dengan usaha anda.

● PEREMPUAN : Impikan seorang lelaki yang jujur dan mampu menerima dirinya seadanya.
● AWEK : Impikan seorang lelaki seperti, Brad Pitt atau jejaka korea dan lelaki sado yang mempunyai six pax, kaya dan boleh menjemput dan menghantarnya ke mana sahaja ( bagaikan raja).

● PEREMPUAN : Mampu menjaga diri dan setiasa berfikir dalam setiap tindak-tanduknya.
● AWEK : Tergedik-gedik, semua minta anda yang buatkan. Muka badak tanpa menghiraukan pandangan orang ramai yang menjengkelkan terhadapnya.

● PEREMPUAN : Mengarahkan anda meminta keizinan daripada orang tuanya bila anda ingin membawanya keluar.
● AWEK : Tak main la... minta izin orang tua ni... Itu Poyo...

● PEREMPUAN : Memahami kesibukan anda dan tidak mahu menganggu anda.
● AWEK : Marah jika anda lewat menjemputnya. Then, boikot tak mahu bercakap dengan anda. Kononnya merajuklah tu... (-_-)

0 Lovely Comment:

Blog Widget by LinkWithin