Semasa saya berada di surau sekolah alam shah, ada panggilan dari sekolah desa cempaka mengatakan nur awatif luka di bahagian mata, semasa itu guru tersebut, tidak menyatakan anak saya accident, saya ingat hanya benda2 biasa lalu menelefon suami saya yang masa itu ada kat opis , menyatakan awa luka2 kat mata dia...kami hanya anggap benda tu ringan, kali kedua cikgu telefon lagi, kali ni dia menyatakan awa accident, kejadian tu berlaku di luar sekolah, cikgu meminta saya datang ke sekolah..dia menyatakan awatif teruk, dalam kejadian tersebut ada 3 orang yang teruk termasuk awatif, hati ibu mana yang tak luluh , saya dah tak senang duduk, masa tu awatif dan kawan2nya sudah dibawa oleh cikgunya ke Klinik Kesihatan Nilai, Puan Nora iaitu boss saya ..yang kebetulan menghadiri bengkel bersama saya sudi membawa saya balik ke Nilai, saya pada masa itu, tidak boleh berfikir dan kepala hanya fikir nur awatif sahaja.
Pada pagi tersebut, saya telah mendapat signal, anak mata belah kiri saya bergerak, saya pun tertanya2 apakah maksud anak mata bergerak, rupanya saya akan menangis tengahari tersebut, saya menghubungi nenek yang selalu mengambil awa ke sekolah..dia berkata kanak2 semua cedera ringan cuma terhantuk, saya ingat betullah apa yang nenek tu cakapkan, kami terus ke Nilai, satu hal pulak sebab tidak tahu kat mana klinik tersebut. Dalam perjalanan saya mendapat panggilan anak saya sudah dibawa ke hospital seremban dengan ambulan, dalam hati saya kalau dah dibawa ke hospital semestinya teruk, Pn Nora memberhentikan saya di tepi Masjid di salak tinggi dan hubby ambil saya dan terus kami settlekan dulu nur azzahra yang semasa itu berada di PASTi Nilai. Semasa saya sampai di PASTI rupa2nya guru atau muaddibah Salmah iaitu sudah tahu pasal kemalangan tersebut cuma dia tidak tahu anak siapa yang terlibat dalam kemalangan tersebut sebab pada masa dia mengambil anaknya yang juga bersekolah sama dengan nur awatif, dia tanya saya anak akak ke yang terlibat dalam kemalangan? saya angguk sambil menangis...masa itu saya dah tak boleh nak tahan...dan pada masa itu saya mendapat info yang kereta bukan Van yang ambil anak saya,..saya merasa pelik..sedangkan hari2 van yang mengambil anak saya...kemusykilan saya berterusan sehingga saya hantar anak saya Nur azzahra ke nursery baby ammar yang juga saya transitkan awatif di situ,saya bertanya pada pengasuh yang jaga awatif, dia mengatakan yang awatif pergi lambat ke sekolah hari ni sebab kakak tu ambil dia dalam pukul 12:50 sedangkan dia masuk ke sekolah pukul 1:10 dalam bulan puasa ni. Dalam perjalanan keluar dari taman tu saya ternampak van yang selalu membawa anak saya ke sekolah , saya tahan van makcik tu, makcik tu keluar, saya tak boleh nak tahan emosi saya...apabila saya mendapat tahu yang anaknya yang ambil anak saya ke sekolah menggunakan kereta,..saya termarah makcik tu, saya dah tak boleh mengawal perasaan saya. Marah , sedih fikirkan anak saya yang bergelut dengan kesakitan saya luahkan pada makcik tu, makcik tu cuma kata ...nak buat camne dah nak jadi..saya faham benda tu memang nak jadi tapi hati saya mengatakan memang ada benda yang tak betul kalau tidak kenapa teruk sangat accident tu.
Kami menuju ke hospital seremban dalam keadaan saya berdebar-debar, walaupun seremban dengan nilai tu tidaklah jauh mana pada saya tapi saya merasakan semalam sangat lambat, saya tidak sabar nak tengok awatif, dalam perjalanan tu saya terbayang saya hantar dia ke nursery pagi tu, saya cium pipi dia dua2 sambil pesan supaya belajar elok2..dalam perjalanan ke hospital saya menangis, saya teringatkan senyum tawa..saya teringatkan dia puasa i tak pernah tinggal, pulak accident tu berlaku masa dia nak pi sekolah hati saya bagai di siat-siat. Saya sangat lemah apabila kejadian itu melibatkan anak-anak , saya tidak sekuat mana. Cuma hubby saya nampak dia sangat tabah, dia bawa kereta dengan tenang, sampai ke hospital..kami pergi ke wad kecemasan ..mujurla dia diletakkan di bawah zon kuning, separa kritikal. Kami mencari nur awatif, rupanya dia tengah menunggu giliran untuk x-ray kaki dan seluruh badannya.Alhamdulillah dia kenal saya dengan abahnya..dia boleh menceritakan apa yang berlaku. Dia tidur masa kejadian tu berlaku. Maklumla tengahari, dia berpuasa saya dapat rasa dia penat. Masa tu saya tengok mata dia luka..darah tak berhenti2 mengalir, mujurla anak mata tidak ada masalah, cuma kecederaan tu diluar iaitu di kelopak mata. Saya bersyukur.
Kat hospital baru kami mendapat tahu bagaimana kejadian itu terjadi, rupanya kereta kakak tu mengelak dari motor yang dibawa budak sekolah menengah dan melanggar benteng sekolah, kata kanak2 yang melihat kejadian tersebut, kereta tu sangat laju, dan hati saya sangat2 sakit bila mendengar perkara tersebut, bayangkan saya lepaskan anak saya untuk dihantar ke sekolah, saya berharap supaya dia selamat, tiba2 berlaku macam ni, saya tak boleh nak terima. Saya juga mendapat tahu, kanak2 yang duduk di sebelah depan selamat, kerana memakai tali pinggang keledar, dan dibelakang tidak dipakaikan tali pinggang kerana itu 3 orang yang duduk di belakang sangat teruk keadaan nya.Selepas awa di Xray, alhamdulillah tulang kaki tidak patah, cuma dr nak buat ct scan kat bahagian muka untuk pastikan semua ok. masa tu saya sempat bertanya ibu bapa pada rakan anak2 saya..rupa2nya..rakan dia yang lelaki patah kedua belah kaki, dari pinggang ke bawah dan dahi nya berlubang, kesian sangat saya dengar, dan seorang lagi rakan baiknya bengkak muka sebelah kiri dan rupanya mengalami pendarahan di dalam otak.
Selepas awa membuat ct scan dan mendapat result, alhamdulillah result dia ok cuma doktor akan panggil doktor mata untuk melihat mata awa, sebab luka di kelopaknya perlu dijahir..saya bersyukur lagi pada masa tu. Apabila kami melihat keadaan awa dan stabil, doktor kat situ mencadangkan supaya kami membeli makanan untuk berbuka puasa, masa tu dah pukul 6:40, kami mencari kafeteria dan berbuka puasa di situ, selepas makan balik semula ke wad kecemasan..doktor meminta kebenaran saya untuk menjahit kelopak mata awa, dan memberitahu jika awa selepas tu bangun, dan boleh minum dan tak muntah dia akan dibenarkan balik.Dr mengatakan dia tidak pernah melihat kes kemalangan yang high impact yang melibatkan kanak2 seperti ini, doktor mengatakan awatif sangat bertuah sebab dia tidak mengalami kecederaan serius berbanding dengan kedua2 rakannnya yang teruk keadaannya.Selepas kelopak mata nya dijahit, kami menunggu sampai pukul 10:30,selepas tu kami melihat awa dah bangun, dan dia nampak ok, Doktor bagi dia balik, saya memberikan awatif minum air, nampak dia ok tak muntah, alhamdulillah, awa dibenarkan discaj. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, kami sangat2 bersyukur. Sudah pastinya selepas ni saya tidak membenarkan awa naik dengan makcik tu lagi..cukupla pengajaran pada kali ini. Saya sangat2 fobia.
3 Lovely Comment:
siannya kat awa...sedih saya baca citer ni..huhuuh...alhamdulillah awa tak apa2 erkkk...tp mesti dia trauma.....
alhamdulillah anak akak hanya cedera ringan..semoga cepat sembuh ye awa..
tghr smlm ain masuk opis agak terperanjat jugak dengar cc kate anak akak xcident..ain da cakap kat bos..bos minta tnye kn keadaan anak akak..pg tadi ain da bgtau die..bgtau berdasarkan dr mesej akak kepada kak lili..ain nk tnye akak, takut menganggu..tu yg tgu je dr kak lili..sebab akak kn rapat ngan kak lili..mesti akak bgtau kat die kn..okey kak..papepon kami doakan yg baik2 je tuk fmly akak..semoga ape yg da berlaku ni dijauhkan dr kite semua kan selepas ni..
takziah atas apa yg menimpa pada Awa.. alhamdulillah Awa hanya cedera ringan.. kesian kat kawan2 dia yg parah.. ni lah yang kita risaukan.. pengusaha van tu berdaftar tak?? kalau tak berdaftar susah kalau kita nak ambik tindakan apa2.. kita sendiri yang akan dipersalahkan balik.. kat Putrajaya ni pun sama.. tak banyak pengusaha van yang berdaftar.. hope Mar tabah hadapi semua ni.. saya sebagai ibu turut sedih atas apa yg berlaku..
Post a Comment