Monday, November 28, 2011

bersama datuk Ustazah Siti Nor Bahyah



Masa ni...ustazah ada seminar kat KPM, apa lagi pergi dengar seminar..dan lepas tu boleh bergambar la..hehe..ni 1st time tau amik gambar dengan orang yang kluar kat tv heheh....kita tak pernah amik gambar.huhuhu....

aduh sangat kembang huhuhu...ni bulan lepas ni ..tarikh tak ingat...

tula kata banyak tul yang basi kita punye blog ni....so tahan jela ye,,,


mata pun dah ok..so selasa ni dah kena outsation ke perak huhuhu

Wednesday, November 23, 2011

Hmmm...rutin hari2

Hmmmm.....

smenjak sakit mata dah hampir 2 minggu ni...rutin sangat boringgg

pagi bangun 6:30 mandi2...hantar anak2 nursery...(hantar jugak sbb sakit mata tak dapat nak jaga sangat)...sebab dah sakit mata sekali ngan hubby...kitaorang gi bekpes lepas hantar anak..terpaksa pi mamak..nak masak tak leh mata berair wooookkk...

pastu 12:30 cari lunch...pastu balik kadang2 tido, tengok tv

kul 5:30 amik anak....gi cari dinner...dah 2 minggu dah ni...tak larat dah cuti....sekarang ni sakit mata kanan dah macam ok...belah kiri plak...huhuhuh.....belum baik lagi hmmmm..so tunggu 2, 3 hari lagi



Saturday, November 19, 2011

Duit rm100

Lepas amik hadiah hari tu....awa tak pi sekolah sebab sakit mata....so sms la cikgu nye....cikgu kata kena datang jumaat sebab amik duit yang rm100 tu....

so tadi dengan mata sakit2 ni.teman la jugak awa amik..ingat murid2 amik rupanya mak ayah kena amik ..so pila amik....syukurla boleh beli buku latihan next year...dia kena belajar lagi kuat lagi..dari tahun ni....kalau nak hadiah lagi tahun depan...huhuhu





Wednesday, November 16, 2011

Awa dapat hadiah


ni backdropnye



buku Aturcara



persembahan dari murid2 darjah2



ni awa amik hadiah ..

Dia dapat no 3..alhamdulillah...pelajaran dia walaupun tak mendadak naik tp dia konsisten...dan nampakla improvement...ni pun nak suruh belajar pun sakit weiiii.....suruh belajar je menangis2  "sakit hati sakit hati" sebut cam ropi cecupak dalam maharaja lawak mega hehehehe

Monday, November 14, 2011

Dah lama tak update huhuhu

Sebab tak update

1) Bertungkus lumus siapkan assignment yang tugasannya kena dihantar13 hb huhuhu...sehari selepas befday kita...

2) Sebab kena sakit mata berjangkit dengan baby ammar dapat MC 3 hari hmmmm....

so malas nak pandang netbook ni sebab mata berair sebab sakit mata ..

okla nanti update lagi huhuhu


Sunday, November 6, 2011

gambar basiiiiii lagiii gambar befday abah


ni masa befday hubby masa 25/10 yang lalu..kek ni anak2 dia yang pilih..cam kek budak2 huhuhuhu nak wat camne sebab diaorang yang pilih hubby on jela siaaan hubby huhuhu


ni ucapan hari jadi dari awa buat abahnya...sooo sweet

hari  ni hari raya tak kemana2..cuma ke alamanda..hari ni masak nasi ayam hmmm..dari pagi sampai malam makan tu je plus lemang beli semalam kat nilai ni....

okla kena pulun wat assignment dah nak kena hantarrrr ni huhuhu

Friday, November 4, 2011

selamat hari raya aidiladha


Tahun ni raya kat umah sendiri kat Nilai, salam aidiladha buat semua, jaga diri baik2...selamat balik kampung :) dan hati2 di jalan raya....

apa nak masak raya ni ye ??? hmmmm

barang2 an quilt


lama tak cakap pasal english style..kita still lagi minat..kita skrg tengah kumpul quilt yang sedondon..yang kat atas ni pun kita dah ada....sama cam kat atas..now imagine kita dah ada yang letak atas sofa, kita dah ada carpet nya yang sama corak dan dah ada yang saiz kecik letak dalam bilik...now..cam lengkap gitu dan kita sukaaaaa sangat ehheeh

Thursday, November 3, 2011

Kewajipan Bertudung dan Menutup Aurat Bagi Wanita Beriman


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Melaka

Persoalan aurat ini telah diputuskan secara jelas oleh Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an menerusi ayat hijab iaitu ayat 30 dan 31 Surah al-Nur yang bermaksud:
30.”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” sehingga akhir terjemahan ayat ini.
Kehendak ayat ini adalah jelas, kecuali maksud “perhiasan tubuh yang zahir” itu. Allah tidak menerangkan maksudnya, begitu juga tiada hadis qawli (ucapan Nabi ) yang sahih tentangnya. Tetapi hadis iqrari (perakuan Nabi ) yang sahih amatlah banyak sekali, iaitu perakuan Nabi  terhadap para Sahabiat (sahabat wanita) yang semuanya bertudung setelah turun ayat hijab itu, seperti berikut:
  • Pertamanya, hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada ‘Aishah r.a.:
“Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.”
  • Kedua, hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah bint Shaybah katanya:
“Ketika kami bersama ‘Aishah r.a., kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aishah menyampuk: “Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw, seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka.”
Lihat tentang tafsiran dua ayat dan dua hadis di atas dalam Muhd Ali al- Sabuni, Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir, (percetakan Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)
  • Dan ketiga, satu hadis yang tidak berapa sahih tentang tafsiran”perhiasan tubuh yang zahir” itu ialah yang diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada ‘Aishah r.a.:
Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya).
Dalam mentafsirkan ayat al-Qur’an yang bermaksud “dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka”. Prof. Dr. Hamka, dalam buku Tafsir Al-Azhar jld. 7 menjelaskan bahawa  : ‘Peringatan kepada perempuan, selain menjaga penglihatan mata dan memelihara kemaluan, ditambah lagi iaitu janganlah dipertontonkan perhiasan mereka kecuali yang nyata sahaja. Cincin di jari, muka dan tangan, itulah perhiasan yang nyata. Ertinya yang sederhana  dan tidak menyolok dan menganjurkan. Kemudian diterangkan pula bahawa hendaklah selendang (kudung) yang telah memang tersedia ada di kepala itu ditutupkan ke dada’.
Dalam mentafsirkan ayat yang sama, Ahmad Mustafa Al-Maraghiy dalam kitabnya Tafsir Al-Maraghiy jld.9 pula menjelaskan bahawa :“Begitu juga setiap wanita hendaklah tidak menampakkan sedikitpun perhiasannya terhadap lelaki yang bukan muhrim, kecuali perhiasan yang biasa nampak dan tidak mungkin dapat disembunyikan, seperti cincin, celak mata dan lipstik. Dalam hal ini mereka tidak akan mendapat kesalahan. Kecualilah jika mereka menampakkan perhiasan yang patut disembunyikan seperti gelang tangan, gelang kaki, kalung mahkota, selempang dan anting-anting kerana semua perhiasan ini terletak pada bahagian tubuh (pergelangan tangan, betis, leher, kepala, dada dan telinga) yang haram dipandang kecuali oleh orang yang dibenarkan untuk melihatnya. Setelah melarang daripada menampakkan perhiasan, Allah Ta’ala selanjutnya memerintahkan agar menyembunyikan sebahagian tempat perhiasan pada anggota tubuh itu di mana mereka hendaklah melabuhkan tudung kepala ke dada bahagian atas hingga di bawah leher, supaya dengan yang demikian mereka dapat menutupi rambut, leher dan dadanya, sehingga tidak sedikitpun dapat dilihat oleh orang lain. Seringkali wanita menutupkan sebahagian tudungnya ke kepala dan sebahagian lagi dilabuhkan ke punggung sehingga nampak pangkal leher serta sebahagian dadanya seperti yang telah menjadi adat jahiliyyah. Dari itu mereka dilarang berbuat demikian”.
Daripada kedua-dua tafsiran ini jelaslah bahawa seorang wanita yang beriman itu wajib memakai tudung dan menutup aurat serta perhiasan-perhiasan yang terletak pada bahagian tubuh yang wajib disembunyikan daripada pandangan orang yang bukan muhrim kecuali pada muka dan kedua-dua pergelangan tangan yang merupakan perhiasan yang nyata bagi mereka.
Seterusnya, Allah Ta’ala turut menegaskan lagi mengenai kewajipan ini dalam Al-Qur’an Al-Karim menerusi ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:
“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).”
Dalam mentafsirkan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata, “Allah s.w.t. memerintahkan NabiNya supaya menyuruh isteri, anak dan wanita beriman agar mereka melabuhkan jilbab mereka supaya mereka berbeza dengan wanita jahiliyyah (yang tidak menutup aurat), dan jilbab ialah kain yang dipakai di atas tudung kepala…” (Lihat Muhd ‘Ali al-Sabuni, Mukhtasar Tafsir ibn Kathir, Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)
Berdasarkan tafsiran ini, makna jilbab yang paling tepat dalam konteks hari ini ialah cadur, seperti yang dipakai oleh wanita Iran itu. Bagaimanapun jilbab yang difahami dan dipakai oleh wanita Islam Melayu sekarang pun telah mencapai maksud ayat tadi, iaitu supaya mereka dikenal sebagai wanita solehah dan tidak berani diganggu oleh lelaki fasiq pada kebiasaannya. Jilbab itu hendaklah labuh sedikit sehingga menutup bentuk dada mereka dan lebih baik lagi sehingga menutup paras punggung mereka. Ini kerana antara tempat yang paling menarik perhatian dan menjadi bualan lelaki-lelaki fasiq ialah dua tempat sensitif itu. Maka perlulah tutup lebih sedikit berbanding betis dan lengan. Perkara inilah yang wajib difahami oleh wanita-wanita yang mulia, terhormat dan mempunyai harga diri. Adapun wanita yang tidak bercita-cita sedemikian, maka mereka mencipta pelbagai alasan untuk mengharuskan pendedahan aurat atau perhiasan sulit (bukan zahir) mereka. Namun para pendakwah perlulah berhikmah dan beransur-ansur dalam pendekatan mereka. Jangan menghentam, menyerang dan menghina wanita Islam yang belum dihidayatkan Allah itu. Berilah galakan kepada mereka dan puji-pujilah mereka bahawa mereka kelihatan lebih cantik dan menawan bila mereka menutup aurat. Mudah-mudahan pujian tersebut dapat melembutkan hati mereka untuk bertudung dan menutup aurat dengan sempurna. Namun, pendekatan beransur-ansur itu bukan bermakna mengatakan mendedah rambut tidak berdosa. Ini adalah pernyataan yang salah dan menyeleweng daripada tuntutan syariat Allah dan Rasul-Nya.
Cara menutup aurat seperti yang diterangkan tadi adalah wajib bagi setiap wanita Islam bermula sejak mereka baligh sehingga mencapai usia yang tiada keinginan untuk berkahwin/bersuami lagi (menopaus). Bila mereka telah mencapai usia menopaus dan tiada keinginan lagi, maka ketika itu ada kelonggaran untuk mereka tidak menutup rambut dengan syarat tidak bersolek. Jika mereka masih bersolek dan berpakaian seksi, maka dakwaan bahawa mereka tiada keinginan adalah tidak diterima, kerana lazimnya tujuan solek dan pakaian seksi itu adalah untuk menarik perhatian dan mencari pasangan. Walau bagaimanapun, kekal beriltizam dengan cara menutup aurat yang sempurna itu adalah lebih baik bagi mereka, walaupun sesudah tiada keinginan. Hukum ini berdasarkan ayat 60 Surah al-Nur.
Wallahu’alam.

-Ramai yang bercakap pasal ini sekarang....pada kita bertudung la camne cara pun asalkan menepati syariat ...itu saja....

Wednesday, November 2, 2011

semua entry bergambar adalah basi huhuhu


ini adalah present sebab masuk contest sari heheh....comei kan..ala bollywood sesuai ngan i yang minat bollywood  gitu


ada 2 sebenarnya :)

tahun ni genap 2 thn

tahun ni genap 2 tahun arwah ayah meninggalkan kita...kita memang tak ingat exact tarikh arwah meninggal. sebab pada kita dia masih lagi hidup di hati kita...kita selalu fikir...agaknya kalau arwah tahu kita sambung belajar..mesti beliau dan arwah mak akan bangun tengah malam berdoa....selalu macam tu la..

Semasa arwah hari tu ke Mekah waktu menunaikan haji, beliau sering berkata, dia selalu berdoa supaya kita naik pangkat, waktu tu tak naik pangkat lagi, Allah makbulkan doanya...kita dinaikkan pangkat bulan 7 tahun 2009 beliau pergi haji akhir tahun 2008, sempat la dia tengok anaknya naik pangkat...

sangat2 sedih dan sangat2 rindukan arwah...misss himmmm soooo muchhhh.....dan kita sangat rindukan arwah makkk....sangat2 sedih bila terkenangkan mereka berdua....


Tuesday, November 1, 2011

kenapa gi warehouse mydear


sebab nak pergi warehouse mydear nak beli pagar ni haaaa....ni bukannya yang betul2 ni gambar hiasan je..yang kita punye lain sket
yang ni satu....tp bukan seperti rupa sebenar..nanti senang2 kita amik gambar....

Ammar sekarang dah sangat pandai panjat tangga smpai ke hall atas....dia berenti bila orang panggil nama dia...huuuuuu menakutkan kalau tak pasang pagar abislah kalau jatuh kita tak sedar...so sebab tu cepat2 beli pagar sangat bahaya ,...kalau ummi dan abahnya tertido huhuhu

aduiiii




Gambar yang jadi inspirasi..pls get back on track huhuhu..esok ingat nak pose...tapiiiii

ada jamuan lagi..so howwwwww?????

Blog Widget by LinkWithin