tahun ni genap 2 tahun arwah ayah meninggalkan kita...kita memang tak ingat exact tarikh arwah meninggal. sebab pada kita dia masih lagi hidup di hati kita...kita selalu fikir...agaknya kalau arwah tahu kita sambung belajar..mesti beliau dan arwah mak akan bangun tengah malam berdoa....selalu macam tu la..
Semasa arwah hari tu ke Mekah waktu menunaikan haji, beliau sering berkata, dia selalu berdoa supaya kita naik pangkat, waktu tu tak naik pangkat lagi, Allah makbulkan doanya...kita dinaikkan pangkat bulan 7 tahun 2009 beliau pergi haji akhir tahun 2008, sempat la dia tengok anaknya naik pangkat...
sangat2 sedih dan sangat2 rindukan arwah...misss himmmm soooo muchhhh.....dan kita sangat rindukan arwah makkk....sangat2 sedih bila terkenangkan mereka berdua....
1 Lovely Comment:
Ma..
semakin banyak rindu dan ingatan kita pada mereka..semakin perbanyakkan doa dikirimkan mudah-mudahan roh mereka berbahagia hendaknya..dan apabila sampai masanya nanti mudah-mudahan jua kita akan dipertemukan semula dengan mereka..
Post a Comment