Friday, July 13, 2012

Petua hilangkan gastrik

Sumber diambil dari sini


Sakit ialah satu 'pesanan' daripada Allah untuk manusia agar lebih mengigatinya, mengigati tujuan hidup yang sebenar. Kadang-kadang kita alpa dengan arus dunia yang menghayutkan diri, fikiran dan segalanya. Penyakit gastrik pula ialah sakit di bahagian perut yang mengundang ketidakselesaan yang maksima. Ini ada sekelumit petua untuk dikongsi bersama apabila anda mengalami masalah gastrik. Cubalah untuk istiqomah dan menjaga diri sendiri (kalau takde isteri lagi atau berjauhan dengan famili).

Bila perut anda 'jatuh hati' pada gastrik, anda akan rasa:
  1. Sakit perut
  2. Sakit ulu hati
  3. Sesak nafas
  4. Sakit kepala
  5. Cirit Birit
  6. Pening
  7. Migrain (kes teruk)

Punca gastrik datang kembali:

1. Lambat makan dan tak ikut jadual makan secara bagus.
2. Stress/ pressure
3. Makan tanpa pantang! Antara makanan yang tak boleh diambik jika anda rasa sakit gastrik ialah:
  • Susu pekat biasa, susu tepung takpe, insyaAllah(rujuk list susu dibawah)
  • Makanan berminyak, berempah, bersantan, bersoda
  • AAis berlebihan
  • Jeruk, masam2 manis
  • Air berkabont etc
  • Kopi / Nescafe / Teh / Roti /Makan masam / Makan pedas ,tak boleh dimakan .
Jadi, selain diri ni, orang lain yang mengidap gastrik tu, rasa nak hilang terus dari sakit ni, jagalah bende ni semua.

Petua untuk jaga perut lagi:
  • Minum susu tairu atau susu rasanya masam atau cari Yogult, Dutch Lady, Nespray ,Fern leaf. Bukan susu pekat manis.
  • Jikalau siapa yang jenis suka minum kopi,Minumlah kopi Radix ,memang untuk gastrik juga.
  • Untuk pengetahuan anda, Doktor beritahu sesiapa yang makan ubat dari klinic. Atau ubat gastrik, memang dia akan kena cirit -birit. Doktor cakap tak perlu risau.
  • Bagi yang teruk sangat kena makan yang berlembut seperti bubur. Sebab bila makan yang berkeras doktor beritahu asidnya semakin banyak. Makan tidak boleh banyak sangat tetapi kena berulang makan.
  • Makan ubat SEBELUM makan, bukan SELEPAS makan.
Ubat-ubatan:
  • elken- Lactose-s.
  • Ubat Vintac
  • Ubat gaviscon
  • MMT pil
  • Zantac(ranitadine)
  • Ubatan Cina- WEI TONG NING’
  • Gamatemas
  • Bioseed
  • Pati gamat
  • Spirulina
  • lanzoprazole(abbot)
  • Esomeprazole(nexium)
  • Magnisium
  • Malox Plus
  • Simcone
  • Suplemen surbex-zinc
  • Axcel
Petua Tradisional:
  • Ambil seheai pucuk betik yang tua, sedikit ibu kunyit da ibu garam sebesar jari kelengkeng. Tunbukkan ketiga-tiga bahan tadi sehingga lumat dan gaulkan dengan setengah cawan air. Tapis air tersebut dan minum. Amalkan seminggu sekali selama tiga minggu.
  • Makan daun Selasih.
  • Makan Madu dan Kurma setiap pagi setiap hari
p/s: Yang penting yakin pada ALLAH, dan DOA supaya sakit tu akan hilang selamanya. InsyaAllah, boleh!Kun fayakun! Info dari research dan junior yang bagi.^^, SELAMAT BERAMAL dan INGAT MENGIGATI.







0 Lovely Comment:

Blog Widget by LinkWithin