Friday, July 20, 2012

resepi puding karamel

sumber dari blog :http://sweethoney86.blogspot.com/2012/03/resepi-puding-karamel.html

(kepada pemilik blog, saya amik tau resepi ni...sebab bila google..post ni atas sekali....jangan marah tau heheh saya nak simpan buat rujukan kat blog saya )



Bahan-bahan

3 sudu besar gula pasir
1 tin susu pekat manis (saiz kecil) atau 3/4 tin saiz sederhana
7 biji telur ayam
1 cawan air
1 sk esen vanilla
1 sk tepung kastard

Cara-caranya

1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata. Bila gula dah hangus(keperangan) keseluruhannya, tambahkan 2 sudu besar air. Ketepikan..nanti ia akan cair sepenuhnya..

2. Telur dipukul sedikit sahaja,cukup kuning dan putih telur sebati..pastu masukkan esen vanilla dan susu pekat tadi. Kacau rata guna senduk,baru masukkan air..kacau sampai sebati.

3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....adalah disyorkan puding tadi ditapis semasa menuang ke dalam loyang/bekas yang sudah berisi karamel tadi

4. Bakar menggunakan kaedah bain marie pada suhu 170c selama 45-5o min bergantung oven masing2 dan saiz bekas..

Puding sudah masak apabila permukaannya tidak bergoyang lagi..sejukkan dan telangkupkan di atas pinggan sesuai dan lebih enak dihidangkan sejuk2..





0 Lovely Comment:

Blog Widget by LinkWithin