Friday, July 26, 2013

Salam Nuzul Quran

Salam u olls,.

Hari ni Nuzul Quran, semoga kita semua cuba menghayati peristiwa turunnya Al-Quran kepada Nabi Muhammad khas nya dan kepada kita semua umat manusia umumnya.Ini serba sedikit saya ambil berkenaan peristiwa nuzul Al-Quran dari wikipedia. Semoga kita mempertingkatkan bacaan al-Quran kita bukan sahaja di bulan ramadhan tetapi jugak di bulan2 lain. InsyaAllah.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


0 Lovely Comment:

Blog Widget by LinkWithin