Thursday, December 26, 2013

ikan melompat ke darat di tepi pantai lahad datu


KUALA LUMPUR - Kejadian beribu-ribu ikan tamban melompat dan terdampar di pantai Kampung Tambisan di Lahad Datu, Sabah semalam bukan petanda tsunami akan berlaku.

Ketua Kluster Sumber Asli dan Majlis Alam Sekitar, Profesor Negara Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata, insiden itu tidak mempunyai kaitan dengan tsunami kerana tiada sebarang gegaran atau gempa bumi dikesan.

"Tidak mungkin akan berlaku tsunami kerana tiada sebarang gempa walaupun pada skala kecil direkodkan di kawasan sekitar," kata Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu itu kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, kejadian itu tidak semestinya berkait dengan alam sekitar seperti tsunami sebaliknya boleh dikaitkan dengan fenomena alam tabii.

Menguatkan lagi pandangannya, Dr Ibrahim yang juga bekas Pengarah Institut Kajian Bencana Asia Tenggara Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, kejadian pelik itu hanya melibatkan sejenis ikan iaitu ikan tamban dan tiada hidupan laut lain.

"Kalau sejenis ikan sahaja ia mungkin berkait dengan perubahan fisiologi ikan itu sendiri.

"Atau... kejadian itu juga disebabkan perubahan dalam laut sendiri, misalnya suhu air dan kadar kemasinan air laut," katanya.

Dr Ibrahim berkata, ikan sangat sensitif dengan perubahan kandungan air dan perubahan keseimbangan dalam diri ikan juga akan membuat haiwan itu berkelakuan pelik. - Bernama

sumber: sinar harian online

P/s: Walauapapun tafsiran..kita sebagai orang islam kena mengambil iktibar kita tak tahu apa kejadiannya hanya Allah saja mengetahui..doakan yang baik2 saja...

0 Lovely Comment:

Blog Widget by LinkWithin