ni kelebihan nya..sumber di sini kita letak kelebihannya je...
Kelebihan bellydancing adalah zahir dan batin. Tarian memperolehi senaman cardio-vascular yang bagus dan bantu menambahkan flexibiliti dan kekuatan, mengfokus pada torso atau “core muscles”, walaupun ia juga membina kekuatan peha. Banyak gaya tarian menekankan “isolations” otot, mengajar kebolehan untuk menggerakkan berbagai otot atau kelompok otot secara berdikari. Tudung, selendang, payung (aksesori lain) boleh juga membina kekuatan lengan, bahu dan badan-atas umum, dan bermain zils dapat membina kekuatan dan keberdikarian jari. bellydancing juga sesuai untuk semua jenis usia dan badan, dan boleh juga menjadi fizikal dengan sebagaimana penyerta memilih.
Dengan itu, bellydancing dapat mengetatkan otot di bahagian perut, punggung dan dada. Ia menjadi tarian yang popular di Indonesia dalam mengikat sang suami untuk terus melekat di rumah daripada melepak di kedai-kedai kopi. Buat isteri-isteri yang mahukan cengkaman yang kuat dan ketat dalam rutin hubungan intim suami isteri, bellydancing juga mampu mengetatkan otot faraj. Ia memudahkan penyembuhan ibu-ibu selepas bersalin dan menutup pintu rahim kembali rapat. Ini kerana di dalam bellydance sendiri si penari harus mengemut dan mencengkam otot bak Inul ketika menari gerudi. Tambahan pula, tarian gelek ini merapatkan hubungan pasangan dan keluarga kerana hanya si suami dan keluarga yang dapat melihat ‘persembahan’ gelek dari sang wanita seperti budaya Arab yang menggelarkan isteri-isteri ini sebagai ‘wanita baik’ bagi wanita arab pula,tahu bellydancing adalah satu kewajipan bagi si isteri,adalah satu keaiban bagi budaya mereka jika wanita tidak tahu bellydancing,wanita yg tidak tahu,tidak mahu dan malas mengamalkan tarian ini dianggap wanita yang tidak tahu menjadi isteri dan wanita yang sempurna dan baik bagi suami,kerana mereka menganggap wanita yang begini tidak mampu mencegah suami dari dari kemungkaran.
Ketika menari bellydancing, seluruh tubuh penari akan bergerak dan menyebabkan pembakaran lemak yang banyak serta pengeluaran peluh. Begitu juga ketika saat-saat sesuatu otot dicengkam kerana menahannya dari bergerak ketika otot bahagian lain yang bergelek. Misalnya, menggelekkan punggung tapi mencengkam otot dada dari bergerak. Dari sudut kesihatan, ia dapat meningkatkan aliran darah, denyutan jantung, menguruskan badan dan menghilangkan stress. Dengan berpeluh, ia dapat mengeluarkan toksin-toksin kotor dalam badan dan ini dapat mengurangkan masalah jerawat dan menghasilkan kulit yang bercahaya dan cantik.
Menari lentik memerlukan penari berdiri tegak dan ada kalanya berjalan serta melompat kecil dalam tarian. Ia dapat menghasilkan postur badan yang betul. Berpakaian seksi ketika menari (sesame jantina) dan mempunyai tubuh yang mantap akan meningkatkan keyakinan dan sensuality. bellydancing yang penuh gemalai juga meningkatkan kewanitaan, kelembutan dan kemulusan seseorang perempuan.
Bellydancing berbeza dengan workout di gym, bellydancing akan menghasilkan’otot perempuan’. Berbanding otot maskulin seperti wrestler W.W.E, otot perempuan ini terhasil pada bahagian-bahagian tertentu saja di badan. Ingin mendapatkan lengan yang kecil, dada yang terletak, perut yang ramping dan punggung yang lentik, cubalah bellydancing.
Menyedari betapa besarnya kelebihan dan keistimewaan senaman ini kepada golongan gadis,ibu –ibu dan kaum wanita keseluruhannya,D,Aora fitness centre dibesut terengganu telah mempermudahkan movement tarian bellydancing dan mereka satu jenis senaman bellydancing yang bersesuaian dengan konsep fitness,kerana D,Aora Fitness sentiasa melakukan penambahbaikan kepada konsep senaman dari semasa ke semasa serta bergiat cergas mempromosikan senaman ini kepada semua golongan wanita di semua peringkat usia.Jom kita amalkan senaman ini “JADIKANLAH DIRI KITA WANITA YANG SEBENAR BENARNYA WANITA MENGIKUT FITRAH KEJADIAN KITA”
kan,..cam best je...nak buat la...huhuhu....tapi nak kena cari cd atau dari youtube je..buat kat rumah..hehe
0 Lovely Comment:
Post a Comment