Friday, August 1, 2008

Special Entry For Arwah Roslina Alias




ni la gambo kita ngan Arwah..tp gambo ni kecik sangat...ade husband Arwah bagi latest gambo ...tp scanner kat umah rosak..tak dapat nak scan lagi...
Kita baca dalam blog mamahakim ..anak ke dua pada arwah sakit..due to breath problems...

arwah ni my best friend,...Roslina Alias dia meninggal pada 29.2.2008 ,...dalam umur 30 thn ..arwah tak sempat sambut befday yang ke 31 .pada 1 April 2008...kita amat terkejut kerana dalam sekejapan saje ...dia telah kembali ke Pangkuan Allah yang maha esa due to masalah dalam perut...akibat dari ceasarian...mula2 Dr suspect Appendix..last2 lain rupanye penyakit nya...admitted pada rabu 27.2.2008..dan meninggal pagi jumaat 29.2.2008...dan sekarang bila terdengar anak arwah sakit...rasa sayu je...sebab kesian..sangat...dia tak sempat mendapat kasih sayang dari Arwah kerana Arwah meninggal dalam umurnya 3 bulan...kita pernah terfikir camne la husband Arwah nak handle baby sorang2 tapi mujurla sokongan keluarga amat kuat...kalau suap ke anak sendiri selalu teringat pada anak arwah ni..masa bersuka ria dengan anak2 teringat pada arwah dan anak2..apapun marila kita sama2 mendoakan semoga anak arwah Balqis..sihat dan sembuh...dan Al-fatihah untuk arwah Roslina Alias...dan lately kita selalu mimpikan arwah..dan semalam kita tak mimpikan dia..mungkin itu petanda arwah nak beritahu "sesuatu" pada kita. Apapun Leen, you always in my mind..you are my bestfriend ever....

2 Lovely Comment:

Anonymous said...

Askum Ma...

Bila baca semula nukilan blog ma ni mari semula kenangan2 semasa dengan arwah dulu... Tahun ni first time berpuasa sorang-sorang... Sunyi sangat ma... Anak pun baru jer keluar hospital minggu lepas selepas hampir 3 bulan kat hospital... ALhamdulillah dia dah makin sihat... Wan kengkadang terpaksa menyibukkan diri sbab kalau tak buat macam tu kenangan dengan arwah akan kembali datang mengcengkam... Saat tu mata akan mula berair dan hidung mula terasa sebu... Walaupun arwah dah pergi hampir 6 bulan, tapi Wan masih lagi terasa macam dia masih lagi ada disisi.. Bangun pagi2 pun terasa macam dia ada disebelah... Saat bersahur dam berbuka pun masih teringatkan dia, cuma mampu tahan jer lah....

mat said...

Last komen kat sini dulu 16 September 2008, dah hampir 12 tahun dah... Walaupun orang cakap time will heal the wound, not for me... Walaupun arwah dah pergi lebih 12 tahun, perasaan skrg masih macam sejam selepas dia meninggal, masih sama macam perasaan dalam wad ICU sejurus selepas doktor sahkan TOD (Time of Death) arwah pada jam lebih kurang 5.00 pagi Jumaat 29 Februari 2008...

Anak kami yang dulunya ditinggalkan ibu pada umur 4 tahun dan 3 bulan, sekarang dah menginjak umur 17 tahun dan 13 tahun respectively... Ain yang sulung dah besar panjang, Balqish yang adik pun dah masuk Tingkatan 1, dan bersekolah dalam aliran KHAS, masalah Pembelajaran (Slow Learner)... Walau apapun tahap dia, sejuta syukur kepada Allah sebab masih lagi anugerahkan dia masa dan nafas untuk terus hidup diatas bumi bertuah ini, Subhanallah... Siapa sangka anak yang dahulunya doktor tidak berikan tempoh masa yang panjang untuk terus hidup, mampu hidup sehingga ke hari ini... Kuasa Allah melebihi ilmu manusia yang terbatas... Syukur...

Arwah sentiasa dalam ingatan saya sampai akhir hayat... Dialah kawan, dialah kekasih, dialah segalanya... Walaupun waktu bersamanya tidak panjang namun kenangan yang ada mustahil boleh dipadamkan... Semoga Allah sentiasa cucuri rohnya dengan nikmat dan barokah sehingga hari akhirat, InsyaALlah...

Blog Widget by LinkWithin