Friday, October 24, 2008

Siaran langsung majlis anugerahDMSM Shah Rukh Khan

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Majlis penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood, Shah Rukh Khan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Zee, Astro.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, siaran langsung itu bukan sahaja boleh ditonton oleh rakyat negara ini tetapi juga rakyat India.
Menurutnya, aktor itu dijangka tiba di Melaka pada 29 November ini untuk menerima anugerah itu daripada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob pada hari yang sama.
''Majlis akan diadakan di Seri Negeri pada kira-kira pukul 10 pagi. Persiapan majlis sedang dibuat,'' katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka di sini hari ini.
Shah Rukh Khan, 41, menerima anugerah tersebut sempena sambutan ulang tahun Khalil yang ke-70 pada 11 Oktober lalu.
Mohd. Ali berkata, kedatangan Shah Rukh Khan tidak dibiayai oleh kerajaan negeri sebaliknya aktor itu membayar sendiri tiket penerbangan pergi dan balik.
Beliau berkata, kerajaan negeri hanya menyediakan tempat tinggal untuk satu malam semasa Shah Rukh berada di Melaka.
Menurutnya, aktor itu juga akan dibawa melawat destinasi pelancongan menarik di Melaka seperti Menara Taming Sari dan Eye of Malaysia selain memenuhi acara bertemu peminat.


p/s: wah,...nak gi jumpa shah rukh khan la hiks......:P..kita memang peminat shah rukh dulu2..tp skrg dah kurang...hehehe

0 Lovely Comment:

Blog Widget by LinkWithin