Monday, February 14, 2011

Berakhir sudah penyeksaan (sakit gigi lorrr)


Salam semua,

Bukan bersalin yooo tapi sakit gigi huhuhu,

sepanjang peknen ni ada lah 2, 3 kali sakit gigi, nak kata tak makan kalsium, makan, tp memang gigi dah rosak , kita kalau sakit gigi ni memang la tak tahan, kalau sakit kepala ok lagi, boleh nangis tau sakit gigi, dia effect pada pipi, nak cakap pun tak best, nak makan pun tak leh huhuhu,

minggu lepas kita termakan daging liat tu la yang menyebabkan sakit yang teramat sangat pada gigi, dia baik kejap, pastu sakit, nak tido pun tak leh wei, lepas tu semalam kan hr ahad klinik gigi mana bukak, last2 mintak hubby call dr gigi, sebab ada nombor kat klinik, mujur dr tu melayu dan haji plak tu, selalunya dia bukak hr ahad tp dr sorang lagi cuti bersalin huhuhu,

so hr ni pi la klinik gigi, korangggg kita tak pernah tau kena cabut gigi, kita cuma berharap dr akan bg ubat tahan sakit huhuhu, lepas2 dia cek, dia kata kena cabut gak ni sebab geraham yang hujung sekali yang terakhir dah kronik tak leh nak buat apa, takkan nak tunggu lepas pantang baru buang kata dia, so decide cabut jela, alhamdulillah, tak sakit langsung selepas dibius, dr nak buat apa buat la hehehe, kita memang berdebar sangat2 tak pernah ada pengalaman cabut gigi bila dah tua2 ni kecik2 dulu yela huhuhu, tampal tu perkara biasa hehe, tak sampai 5 minit seme settle

Pastu nurse bagi ubat, balik umah, tak lama lepas tu berdenyut la wei abis dah bius, pastu makan ubat try tido dan malam ni dah boleh makan dah, dah tak sakit dah soo selesai penyeksaan satu benda huhuhu

so esok plak , esok dah kena pi annur, doakan kita ye, semoga semuanya selamat :)







0 Lovely Comment:

Blog Widget by LinkWithin