Wednesday, February 2, 2011

Tag dari Faina





Salam,

Kita sebenarnya cuti isnin dan rabu, tp tak balik kg...dah 36 weeks tak berani dah nak balik kg, karang bersalin kang dalam keta masalah la plak huhuhu....nak balik Ktrg amik masa 7-8 jam..huhuhu

so dari tak de wat apa ni...faina dah bg assignment ...jom buat


25 perkara pasal kita

1. Nama kita tak yah la nama penuh, nama kita tak ramai orang pakai...kita tak jumpa lagi..nama penuh kita ada org lain guna ehehe, nama separuh kita ramai...hehe..kengkawan panggil Ma, adik beradik panggil " adik" atau ida..sedara mara panggil adik da, anak sedara panggil ada, kenapa ada sebabnya tak suka anak sedara panggil mak su sebab kita dah ada anak sedara sejak kita dari sekolah rendah lagi..mana leh panggil mak su, turun saham weeeiiii

2. Kita anak bongsu dari 5 org adik beradik, tp meninggal sorang anak yang kedua, yang kedua ni pompuan, kalau arwah ada kita merasa la ada kakak, jadinya tinggal 4 orang, 3 lelaki dan sorang pompuan. Jadi tak tahula apa rasa ada kakak, cuma ada kakak ipar je, yang tu jela buat bermanja.

3. Kita mula2 sekolah kat tadika kemas masa umur 6thn,dan bersekolah rendah biasa dari darjah 1 sampai darjah 6, kita suka masuk kawad je masa zaman sekolah, tak suka masuk sukan, so kita aktif dengan persatuan bulan sabit merah jela.

4. Sama jugak dengan sekolah menengah tak masuk sukan, tak masuk persatuan, cuma sekali masuk persatuan puteri islam, berkawad jugak waktu hari sukan. Kita masuk persatuan dapat jadi AJK kelab komputer dan juga bendahari kelas.

5. So disebabkan dah minat komputer dari zaman sekolah, so kita amik IT masa belajar, mula2 rasa susah IT ni tp bila dah belajar..okla kan...masa belajar pun kita aktif PBSM jugak,masuk kawad jugak, dan jadi AJK persatuan IT masa belajar.

6. Kita sebenarnya pernah jadi guru sandaran selepas habis diploma, dalam 2 bulan ganti cikgu bersalin, macam2 hal perangai murid2 berak dalam kelas, kencing dalam kelas, budak darjah 3 apa yang diaorang tau. Pernah terlibat dengan perkhemahan murid, sampai kawan kita yang jadi cikgu ganti terkena sengat dengan lipan, kita yang hantar dia ke hospital, tula kenangan manis masa mengajar dulu.

7. Kita pernah sambung degree, sempat 2 sem, kita berenti sebab arwah mak tak sihat, br diagnose sakit barah tiroid, so kita tak leh nak belajar, kita amik keputusan berenti jela cari kerja dulu. Now kerja dah ok, kita decide sambung degree semula, kita dah register dah OUM.

8.Kita sangat suka chatting, pernah la jumpa bermacam2 orang dalam chatting ni, masa tu popular IRC, dan sebenarnya kita ngan hubby pernah chatting satu tempat yang sama, cuma masa tu hubby chatting ngan orang lain, kita pun masa tu tak berapa kenal ngan hubby, last2 bila diperkenalkan ngan hubby oleh kawan kita, masa tu br kawan. Sebab kita pernah cakap ngan kawan kita, kita tak nak jodoh kita orang yang chat ngan kita,jadi hubby walaupun chatter tp tak chat ngan kita.so okla kan. hehe

9. So berkenalan ngan hubby tak sampai setahun, bertunang, tak sampai setahun berkahwin, dan alhamdulillah kekal hingga ke saat ini. dikurniakan 3 orang cahayamata plus sorang dalam perut ni. yang boleh keluar anytime hehe. Kita kawin umur 25 thn (memang target kawin umur 25 thn) alhamdulillah tercapai.

10. Anak yang sulung tahun ni 8 thn, Nur Awatif, anak yang 2nd tahun ni 6 thn Abdul Muhaimin dan yang 3rd 5 thn, Nur Azzahra, so tengah tunggu si tecit yang tengah active dalam perut ni sebab baru lepas makan prosperity

11. Tahun ni dah 9 thn dalam gomen, syukur alhamdulillah Allah permudahkan pangkat pun dah naik..Aminnn...

12. Kita sangat suka dengan barang2 make up tapi tak pakai sangat pun, suka beli, suka tgk orang mekap, suka tengok orang cantikla senangnya dan sangat suka membeli online, kosmetik paling kita suka adalah MAC.

13. Cukup suka dengan handbag, kita akan pakai sampai rosak, pastu baru beli lain, kesukaan kita yang ade banyak compartment, skrg dah jumpa beg cam tu..F timber, harga dia boleh tahan la, tp skrg ni kita duk usha carlo rino...sebab berkenan ngan designnya. Mungkin lepas ni kalau ade rezeki leh sambar.

14. Sangat suka menghabiskan duit dengan membeli tudung , tudung kesukaan kita adalah dr brand Ariani, dan juga tudung2 awning yang cantik..skrg kita beli online kat hajra online,dan juga dengan orang yang jual2 kat opis. Sangat cerewet ngan pembelian tudung selalunya tudung yang kita berkenan adalah yang mahal huhuhuh.

15. Pernah mengalami allergik yang teruk bila pakai barang2 yang bukan emas, so kita kena pakai barang emas je, sampai kerongsang pun emas, kalau pakai kerongsang biasa habisla sampai bengkak dan bernanah kat bawah tengkuk sebab pakai yang perak, Luckily, selepas bersalin anak yang pertama semua alahan tu dah hilang that's y kita berani beli gelang2 yang murah utk dipakai. hehe

16. Cakap pasal barang kemas, kita tetap suka pada emas, kalau ada duit kita memang nak beli emas banyak2 satu pelaburan yang sangat berbaloi.

17.Sangat suka mengikut apa yang anak2 nak...suka beli barang utk anak2 terutama kalau outstation barang utk anak2 mesti ade...barang kita mesti last sekali.

18. Suka juga pada perfume, skrg tengah mencari bauan kesukaan kita, paling suka bodyshop

19. Ayah dan mak kita telah meninggal, skrg menumpang kasih pada hubby, anak2 dan adik beradik jela huhuhuhu sedih,

20. My fav color is pink, walaupun baju tak banyak warna pink, tp barang2 of cos pink la...hehe yang latest beli netbook warna pink

21. Suka cuba masakan yang baru, walaupun kita belajar memasak dah lambat, tp alhamdulillah i still can cook for my family. Skrg ni memasak ikut kesukaan anak2 dan hubby.

22. Sangat suka membaca buku dan pergi kedai buku, kalau pergi kedai buku memang ada buku la yang kita akan beli hehe. Buku yang paling suka novel, pernah suka novel ahadiat akashah.

23. Apa lagi ek, huhuhu....banyak dah ni....ooo ye kita ni agak garang dan kadang2 kita suka laser orang depan2 tu jugak,.sebab tak suka nak cakap belakang2 huhuhu

24. Sangat suka cerita realiti , lawak dan animation...

25. Sangat suka lagu2 hindi, melayu, inggeris, korea, japan, hongkong, arab, semua kita layan asalkan sedap di telinga walaupun tak faham maksud hehehe

ok yang tu je , tak nak tag sapa2...sebab rasa banyak nak kena pikir bila buat ni eheheh.....
tp best gak sesekali buat ni ...ehehe
















0 Lovely Comment:

Blog Widget by LinkWithin