Saturday, March 31, 2012

Hmmmm...awak semua sudi ke baca??











 Okla....masa dalam train beberapa hari yang lalu bersama ngan opismate balik dari kursus...kitaorang bercerita pasal skrip dan kita tercakap yang kita pun pernah buat cerpen dah lama tahun 2003 kot..waktu tu peknen ke nur awatif...bosan kat opis tunggu husband so tulisla cerpen..cerpen ni pernah kita masukkan ke dalam  web http://www.melayu.com/v2/karya/karya.php?thread=250 dan ada jugak blogger masa tu dalam blog dia..http://purbe.blogspot.com/2003/11/aku-suka-hero-macam-nie.html

ok la ni la citer nye...(utk nazila , opismate) yang ni je cerpen yang saya ingat tajuk yang saya letak dalam internet....ada lagi saya dah lupa tajuk..huhuhu

so korang yang minat cerpen ...terimalah cerpen dari kita ni ha....dan sekarang sangat tak de masa langsung nak tulis tulis dah...huhuhu



    Bukan Kehendak Hati 

    "Aku terima nikahnya dengan mas kahwin yang tersebut itu",serentak dengan itu, airmata mula mengalir laju ke pipi ku, dengan ini aku telah disahkan menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak berapa ku kenali. Tiada siapa yang mengerti rawan dihatiku namun ku gagahi jua tersenyum apabila jemputan mengucapkan tahniah kepada ku.,Muhammad Nur Hakim itulah nama suamiku seorang yang amat baik tetapi sayang tidak pernah mengetahui perasaan ku padanya. 

    Suasana begitu meriah sekali di rumahku, sekejap lagi aku akan disandingkan, walaupun tanpa kerelaan namun takdir tetap mengatasi segalanya, "shikin dah siap?" tanya mama, aku cuma mampu menganggukkan kepala "cantik anak mama"puji mama. Kain songket berwarna peach yang membaluti tubuhku itu terasa panas membahang walaupun terdapat aircond dalam bilikku itu. Tidak lama selepas itu, terdengar sayup2 paluan kompang menusuk ke telingaku menandakan pihak lelaki telah pun sampai. Mak andam masuk ke bilikku lalu mengajakku keluar kerana pengantin lelaki telah berada di luar. Aku melihat suamiku menjeling ke arahku sambil tersenyum aku cuma menundukkan kepala. Ramai yang memuji kata mereka seperti pinang di belah dua. Aku cuma mampu tersenyum, suamiku kelihatan amat gembira sambil melayan tetamu yang hadir. Selepas semua majlis selesai, aku mengambil keputusan untuk berehat di bilik. 
    "Sayang, nape ni? Abang tengok shikin macam tak gembira je", tanya suamiku. "Takde apa abang, shikin cuma letih je". Jawabku. Abang??? Aku tidak menyangka aku akan memanggilnya abang, teringat kembali semasa kali pertama aku berjumpa dengannya di pejabat abah, kebetulan pagi itu aku terlewat sikit ke pejabat kerana keretaku rosak. Apabila sampai di pejabat, sestiausaha abah terus menyuruhku masuk ke bilik abah, aku telah diperkenalkan abah dengan Muhammad Nur Hakim yang baru menjawat jawatan sebagai jurutera.Aku cuma menganggap nya sebagai rakan kerja biasa kerana pada masa itu aku telahpun mempunyai pilihan hati. 


    Kamalul Azry itulah nama pilihan hatiku, aku telah menjalin hubungan dengan nya sejak di bangku sekolah hinggalah ke universiti. Aku terlalu menyintainya, tetapi sayang hubungan kami tidak direstui kerana Azry adalah anak yatim piatu yang tinggal bersama neneknya dari kecil hinggalah dewasa, Mama tidak merestui hubungan kami kerana tidak mengetahui asal usul keturunan azry kerana kata-kata mama itulah azry menghilangkan diri. Aku teingat kembali pada pertemuan kami yang terakhir. " Shikin, walau sekuatmana abg menyintai shikin, abg tahu abang takkan dapat bersama dengan shikin, dan abang telah mengambil keputusan utk jauh dari shikin" ucapnya dengan tersekat sekat. " Apa abang cakap, u want to leave me? Abg tahu tak shikin amat sayangkan abang, shikin tak leh terima kalau abg tak de", jelasku sambil menangis," Jangan menangis sayang, kerana abg tahu shikin sayangkan abang, abang pun tak leh hidup tanpa shikin tapi kita kena cuba demi masa depan shikin, tapi abang percaya kalau kita memang ditakdirkan ade jodoh, kita akan tetap bersama" " Sampai hati abang", "shikin, hubungan yang tak direstui oleh keluarga takkan diberkati sayang, kita kena terima hakikat tu, biarlah abang pergi, abang tetap mendoakan kebahagiaan shikin selamanya, Shikin, lagi lama abang di sini lagila abang tak sampai hati tinggalkan shikin, biarlah abang pergi sekarang", " abang, jangan tinggalkan shikin abang" aku teresak-esak di situ sedangkan azry telah jauh meninggalkan ku. Semenjak itu aku rasa hidupku tidak bermakna lagi, di mana saja aku pergi aku terbayang wajahnya, hilai tawanya, kasih sayang yang dibina hampir 8 thn hilang begitu saja. Dulu aku selalu berangan-angan untuk duduk di pelamin bersamanya, dan sekarang ini yang menghiasi pelaminku adalah orang lain. 


    Selepas tak berapa lama aku berpisah dengan azry, Hakim telah meluahkan perasaannya padaku, kebetulan abah dan mama memang amat menyukainya dan amat berharap untuk jadikan dia menantu, aku tidak dapat berbuat apa-apa hanya mampu menerima rombongan peminangan keluarganya. Sebulan selepas itu, kami ditunangkan, walaupun bertunang, aku selalu mengelak dari berjumpa dengannaya, kami berjumpa cuma dipejabat, apabila dia mengajak ku keluar aku selalu memberikan alasan yang tidak munasabah yang tidak mungkin dapat diterimanya, aku selalu bersikap kasar dengannya tapi apa yang aku nampak dia terlalu baik dan penyabar orangnya apa yang aku lakukan, dia tetap terima. Setiap minggu pasti ada sejambak bunga di atas mejaku sampai staf-staf mengatakan yang aku bertuah mendapat lelaki sepertinya seorang yang romantik dan tahu menghormati wanita, hubungan aku dengannya direstui semua orang. Sedangkan dia tidak tahu yang hati ku tertutup untuknya aku menerimanya kerana Mama dan abah., 
    Selepas 6 bulan bertunang, aku dinikahkan dengannya, 

    Pada malam itu aku cuma mendiamkan diri, pada malam yang sepatutnya aku menjalankan kewajipan ku sebagai isteri nya aku hanya mendiamkan diri, selepas membersihkan diri, dan bersolat isyak, suami memandang ku dengan penuh makna, dia memgang tanganku dan menyatakan betapa bertuahnya dia kerana dapat mengahwini aku. Aku cuba tersenyum tetapi di dalam hati aku terasa seperti mengkhianatinya, dia mula mencium ku dan ku cuba menepis dengan menyatakan alasan letih. Ku tahu dari riak wajahnya dia amat kecewa. Namun aku masih bel;um bersedia untuk memenuhi kehendaknya,dan malam itu berlalu begitu sahaja. Begitulah yang kulalui sepanjang kami menjadi suami isteri,keperluan makan minum dan pakaiannya semuanya aku sediakan tiadak ada kurangnya cuma satu tu jela yang tidak mungkin aku berikan padanya, kadang-kadang terasa diri ini berdosa tapi aku tidak dapat melakukan apa-apa..hati ku bukan untuknya, Dia tetap bersabar dengan ku. Di depan keluarga aku berpura-pura bahagia tapi bila di rumah bersamanya aku menjadi seorang yang pendiam, sepatah dia tanya sepatah aku jawab, hilai ketawa bersamanya memang tiada langsung dalam kehidupan kami. Kami pergi kerja berasingan, berumpa hanya di pejabat bercakap pun hanya soal kerja. 

    "Shikin, boleh kita bercakap sikit", aku terkejut kerana tiba-tiba suamiku menegur ku.."Ada apa?"tanyaku seolah tiada apa2 yang berlaku. Namun, aku dah mula berdebar kerana aku yakin dia akan bertanya tentang layanan ku terhadapnya. " Sayang, kenapa buat abang macam ni, abang seperti tak pernah wujud dalam hidup shikin, shikin abang tahu dari segi zahirnya semuanya sempurna tapi kenapa abang tak pernah merasakan kasih sayang shikin?", aku telah pun bersedia untuk menceritakan perkara yang sebenar pada nya kerana aku ingin dia mengerti perasaan ku dan tidak memendam perasaan lagi." Maafkan shikin abang, sebenarnya berat shikin hendak memberitahu abang tentang perkara ni, abang, shikin….shikin..shikin tak pernah menyintai abang, shikin terima abang kerana mama dan abah amat menyukai abang, shikin menyintai orang lain abang,", jelasku sambil teresak-esak kerana tidak sanggup lagi menahan derita di hati. Ku lihat muka abang hakim agak berubah dan terkejut dengan penjelasan ku itu. "Abang tidak sangka, perkara ini yang berlaku shikin, kalau shikin bagitahu awal2 abang tak mungkin meneruskan niat abang ini,tapi apa yang abang tahu abang sayangkan shikin dan menyintai shikin sepenuh hati abang" . Ku lihat ada nada menyesal di dalam suara nya. " Kalau macam tu, baik Shikin fikir penyelesaian terbaik untuk masalah kita ni, abang sanggup terima apa saja keputusan Shikin, baik kata shikin, baik untuk abang, buruk kata shikin, buruk jugak untuk abang, abang sanggup lakukan apa saja untuk kebahagiaan shikin", airmata mula laju menuruni pipiku. Aku amat terasa dengan kata-katanya. 

    Aku banyak berfikir malam itu, entah mengapa buat pertama kalinya aku merasa amat sunyi sekali , terasa memerlukan seseorang untuk menemaniku malam itu, Hakim telah memberitahuku bahawa dia akan ke Jepun, kerana menghadiri seminar di sana, dia minta aku memberikan keputusan kepada nya selepas dia balik nanti. Sepanjang pemergian nya kesana aku terasa sunyi dan buat pertama kalinya rindu mencengkam dihati. Aku juga tidak menyangkakan bahawa aku akan berjumpa semula dengan Azri, org yang ku cintai selama ini, pertemuan berlaku secara tiba-tiba, pada pagi itu akuperlu menghadiri mesyuarat dan orang yang menjadi pengerusi mesyuarat itu adalah seorang yang amat ku kenal., aku terkejut dan tergamam ketika itu, fikiran ku menerawang sepanjang mesyuarat berlangsung, azry nampaknya pandai mengawal perasaannya. Namun ku tahu riak wajahnya juga terkejut sepertiku. 
    Selepas mesyuarat, dia mula menyapa ku dan kami telah makan tengahari bersama, kami banyak bercerita tentang masa lampau sehingglah pada perkahwinanku, tapi yang mengejutkanku dia mengatakan dia belum berkahwin lagi kerana masih tidak dapat melupakan aku." Shikin, apa kata kalau kita menyambung kembali hubungan kita dulu, sekarang ni azry dah berjaya jadi bolehla azry tunjukkan pada mama dan abah shikin yang azry mampu berada di tahap yang sama seperti keluarga shikin" permintaannya amat mengejutkan ku. Walaupun aku gembira bertemunya namun pada masa yang sama aku merasakan perasaanku amat berlainan padanya. Ianya bukan seperti dulu. Aku cuma meminta untuk berfikir dulu, aku ada menceritakan kisah rumahtangga ku padanya. Dia cuma menyuruh aku agar berpisah dengan hakim dan kembali kepangkuannya kerana apa yang dilakukan selama ini hanyalah untukku dan juga untuk membuka mata orang tuaku. 

    Sepanjang Hakim ke luar negara, aku menjadi seorang perindu, rindu pada riak wajahnya, rindu pada kesabarannya. Aku tidak tahu kenapa perasaan ini hadir, walaupun aku banyak menghabiskan masa bersama azry boleh dikatakan tiap2 hari namun aku tetap merasakan kekosongannya, Aku sudah mulai keliru, hakim akan pulang dalam masa beberapa hari lagi dan aku masih lagi tidak dapat membuat keputusan yang terbaik. Azry mendesak, aku mula gelisah, sekarang tidurku amat terganggu, terganggu kerana ingin membuat keputusan yang terbaik. Di pejabat, aku mula menjadi murung, banyak kerja yang ku lakukan tersilap.Pada pagi itu, aku mengambil keputusan untuk masuk ke bilik suamiku. Aku duduk di kerusinya tiba-tiba aku terlihat sebuah diari di situ, aku mengambil dan mula membacanya. 

    "Hari ini hari pertama aku melaporkan diri disini,suasana pejabat amat menyenangkan, dan aku juga tidak menyangka aku diperkenalkan dengan anak majikanku, Nurul Asyikin, cantik nama tu secantik orangnya, lawanya dia walaupun tanpa solekan yang tebal, aku tidak tahu mengapa hati ini terasa lain bila berjumpa dengannya." 

    Setiap helaian demi helaian aku belek sehinggala ke muka surat yang terakhir, aku tidak tahu yang dia menyimpan perasaaan begitu murni terhadapku, namaku tidak pernah lupa disebut pada setiap helaian diarinya 

    " Aku tidak menyangka yang shikin tidak pernah menyintaiku, namun aku tahu aku tidak dapat melupakannya aku terlalu menyayanginya, setiap hari aku sentiasa menunggu belaian kasih sayang darinya namun ini yang ku dapat, shikin tidak adakah sekelumit sayang mu padaku? Oh! Tuhan aku tidak menyangka semua ini berlaku namun aku pasrah dengan keputusannya nanti, aku sanggup lakukan apa saja untuknya biarlah pahit untukku asalkan manis untuknya". 

    Itulah helaian terakhir, aku mula terasa lain pada hatiku adakah itu sayang untuknya sekarang ni aku sudah tahu apa yang aku mahukan dalam hidupku. Aku tersenyum dan menyimpan balik diari itu ke tempat asal. 
    Petang itu aku berjumpa azry dan menyatakan keputusanku. Dia nampaknya kecewa tapi aku yakin dia tidak sekecewa dulu, tapi apapun dia tetap mendoakan kebahagiaanku. Aku merasakan akulah orang paling gembira sekali rasanya, 

    Pagi itu, aku lah orangnya yang bertanya pada setiausaha Hakim bila dia akan pulang kerana aku ingin mengambilnya sendiri di airport, rumah ku hias cantik-cantik, segala keprluannya aku sediakan, tidak sabar rasanya aku menunggu kepulangannya. 
     
    Bila tiba saat kepulangannya aku mula berdebar-debar tidak jauh di depanku ku lihat hakim baru sampai, aku mula melambai-lambai tangan ke arahnya. Hakim nampaknya terkejut dengan kedatanganku, aku menyalami dan mencium tangannya serentak dengan itu, airmata mula keluar dari pipiku, " Shikin, napa ni?" soal hakim yang agak kehairanan melihat ku menangis. " jangan macam ni , Shikin, abang dah balik ni, abang sanggup terima apa saja keputusan Shikin, abang dah maafkan Shikin", katanya lagi."Tidak bang, Shikin nak bersama dengan abang dari dunia hingga akhirat, hanya abangla suami shikin dari dunia hingga akhirat, maafkan shikin ye bang" "Betul ke ni Shikin, tidak salah ke apa yang abang dengar ni?inilah hadiah paling bermakna dalam hidup abnag Shikin, abang betul2 gembira, terima kasih sayang, terima kasih Shikin". Dia memelukku.terasa hangat pelukannya, dan kami pulang ke rumah, dan malam itu menjadi malam yang paling bermakna dalam hidup kami. Aku betul-betul bahagia di sampingnya dan aku cuma berharap agar aku bahagia di sampingnya selama-lamanya.







0 Lovely Comment:

Blog Widget by LinkWithin