Monday, January 13, 2014

memasak

Ni lauk dinner semalam....ada ikan aye(tongkol) yang tahun lepas dalam fridge(mcm lama sangat hehe) dekat sebulan kot...sebabnya kadang2 bila penat tak masak...tp duk kat freezer keras cam batu jadinya so sabtu decide masak jela...google la,..pa yang boleh dibuat dengan ikan aya...nak buat gulai ikan.. rempah tak de...kari ikan plak..daun kari tak de..singgang ikan ..mcm malas plak..last2 google la....lauk nasi berlauk so..tengok resepi..senang hehe(amboih)....so kita pun buatla..jadila tapi versi kita ni tak pedas langsung ok..rumah kita semua tak makan pedas kecuali kita la..so hubby dan anak2 tak makan pedas..so selama ni masak..tomyam ke apa ke..tak de cili.buat yang putih punya...so sapa2 yang nak datang rumah kena roger boleh la masak yang pedas sket...jadi segala cili burung tak burung..merah tak merah..tak de..kecuali kalau nak buat nasi ayam..beli la jugak cili tu..




so inila jadinya....2 hari makan lauk yang sama...semalam just panaskan dan tambah lagi ikan aye..sebab dah makan sabtu tu tinggal beberapa ketul je..so top up jela..


tambah sayur masak kicap..buat ada air jugak sebab nya...anak2 nak makan...


sekali ikan kering keropok...so ini la saje menu semalam....anak2 dan suami happy i pun happy...itu saje..kenyang perut suka hati kennnnnn

korang nak resepi gulai nasi berlauk ni..ala kelantan kita amik kat sini;




Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan
 
Oleh: Azie Kitchen (link kat sini)

 
Bahan bahan:
Ikan rebus
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit hidup
Lengkuas
Sedikit cili kisar (tak mahu letak pun, tak apa)
Cili hidup (cili solok, lagi sedap)
Garam
Sedikit gula/ajino moto
Asam keping
Santan
Timun dan kacang panjang
Ikan kering, jika suka

Cara cara:
Ikan direbus dengan garam dan asam keping. Kalau dibiarkan semalaman, lagi sedap dan mesra. Jika suka, celurkan ikan kering dengan merebus air hingga mendidih, masukkan sedikit gula dan celur ikan kering seketika. Angkat dan tos.

Kisar bawang merah, putih, kunyit dan lengkuas. Masukkan bahan kisar ke dalam santan. Masak atas api perlahan sambil terus dikacau sehingga menggelegak. Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa.

Akhir sekali masukkan ikan rebus, cili hidup, timun dan kacang panjang. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Hidangkan dengan nasi putih serta sambal belacan. 


0 Lovely Comment:

Blog Widget by LinkWithin