Thursday, December 18, 2008

Luahan hati isteri

Kenapa kita keluarkan entry ni..sebabnya ade jugak yang dah kawin tp langsung tak mengenali isterinye..apa kesukaan isteri, apa yang isteri perlukan, yang suami tahu dia ade seorang isteri, camne pun isteri kena ikut kata dia..kerana suami always right...dan isteri always wrong..jika isteri tidak mengikut kata ..dia kata isteri cerewet dan membangkang cakap suami

wahai suami2 sekelian
1) Kadang2 isteri mintak difahami tentang kesukaannya...jika dia berminat dengan sesuatu benda dah cuba untuk mendapatkan nya bagila sokongan...walaupun pada suami benda tu tidak ade faedah langsung, kadang2 isteri ni dia tak de la nak bebel kalau suami beli satu benda yang langsung isteri tak faham apa kegunaannya.

2)Kadang2 isteri mintak dihargai, penat tau menguruskan rumahtangga..apalagi yang menjadi suri rumah, apa lagi yang bekerja,..soal kerja kena handle, anak2 lagi, rumahtangga lagi...semua benda isteri pikir.."keperluan" suami jugak..apakah salahnya pada hari jadi atau anniversary hargai isteri ngan surprise atau present yang boleh menambahkan kasih sayang pada suami..

3)Don't always say No pada isteri yang kadang2 meminta untuk melakukan sesuatu perkara yang dia suka...sebab kadang2 isteri cuba memahami kesukaan suami walaupun dia tak suka..

4)Cuba dalami perasaan isteri, isteri cuba memenuhi semua kehendak suami, walaupun kadang2 dia makan "hati" dengan tindak tanduk suami.

5)Cubala sayangi isteri anda walaupun figurenya sudah berubah, kedutan mukanya sudah nampak..kenapa figure nye berubah semua kerana..suami jugak..untuk memberikan cahayamata kepada suami..tp suami tak pernah hargai..selalu mengutuk isteri dan tak pernah memberikan sokongan untuk isteri mendapatkan semula shape nya yang telah hilang...

6)Cuba "kenali" isteri anda dengan lebih rapat lagi..tidak perlula mengambil masa mengenali org lain diluar kerana..isteri anda sendiri pun anda tidak kenal..

okla setakat tu je...supaya suami memahami dan tahu bahawa berkahwin bukanla semudah yang disangka...bukan setakat akad nikah, bukan setakat hubungan kelamin tetapi semua benda dia kena "tackle" kerana isteri adalah amanah..isteri ade lah dicipta dari rusuk kirinya....isteri bukan hamba..isteri perlu disayangi dan perlu diambil tahu kehendak dan perasaannye..

sekian..heheh

5 Lovely Comment:

ina said...

salam vogue....
pandai vogue....vogue betul entry kali ini....hehehe...

betul tu isteri adalah amanah..
suami2 kena ingat tu..kalau suami2 faham apa itu amanah dan berpegang pada amanah..insyaAllah aman rumahtangga...

wati said...

Betul 2 dik,,,setuju sangat2 akak dgn pendapat adik.

vogue2704 said...

Kak Inna,

terima kasih kak Inna..ni adelah berdasarkan pengalaman dan jugak berdasarkan pengalaman rakan2 lain

kak wati,

tima kasih ehhe

alia said...

....hargai mereka..mmg mereka patut dihargai....isteri akan melakukan yg terbaik utk keluarga...

Ogy said...

huuhuhuhhhhhhhhhuhuhuuhhuuhuhuhuhuhhuhuuhhuhuuhhuhuhu.kalo lah dia baca entry nih..........

Blog Widget by LinkWithin